PATI cuba nasib sorok bawah tangga

Seramai 245 warga asing ditahan dalam serbuan di sebuah gudang barangan di Seksyen 22, Shah Alam pada Sabtu.
Seramai 245 warga asing ditahan dalam serbuan di sebuah gudang barangan di Seksyen 22, Shah Alam pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Hasrat melepaskan diri daripada pemeriksaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) semasa serbuan di sebuah gudang barangan di Seksyen 22 di sini pada Sabtu, tidak kesampaian selepas cubaan itu dikesan anggota penguat kuasa yang menjalankan pemeriksaan akhir ketika operasi terbabit hampir tamat.

Beberapa warga asing masing-masing ditahan ketika sedang menyorok di bawah kerusi, tangga dan susunan barangan.

Seorang lelaki warga Indonesia berusia lingkungan 20-an berkata, dia menyorok hampir 30 minit kerana bimbang ditahan.

JIM Selangor menahan 245 warga asing dalam serbuan di sebuah gudang barangan di Seksyen 22, Shah Alam pada Sabtu.
JIM Selangor menahan 245 warga asing dalam serbuan di sebuah gudang barangan di Seksyen 22, Shah Alam pada Sabtu.

"Saya tiada salah, saya ada pasport. Cuma saya takut," katanya.

Bagaimanapun, lelaki yang mendakwa menerima gaji kira-kira RM2,000 dengan bekerja di gudang terbabit gagal mengemukakan pas kerjanya sebelum ditahan untuk tindakan lanjut.

Sinar Harian yang mengikuti operasi tersebut mendapati, pekerja-pekerja asing di gudang terbabit bertempiaran lari dan cuba bersembunyi selepas menyedari kehadiran anggota imigresen.

Pengarah Imigresen Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, operasi bermula jam 12.05 tengah malam itu menahan 245 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk seorang wanita.

Artikel Berkaitan:

Khairrul Aminus ketika ditemui pemberita di lokasi serbuan di sebuah gudang barangan di Seksyen 22, Shah Alam.
Khairrul Aminus ketika ditemui pemberita di lokasi serbuan di sebuah gudang barangan di Seksyen 22, Shah Alam.

"Pemeriksaan mendapati, warga asing ini terdiri daripada 102 orang Bangladesh, Nepal (61), India (58), Pakistan (20), Indonesia (3) dan seorang Sri Lanka.

"Semakan awal mendapati ada antara warga asing ini langgar syarat pas. Bila disemak, pas kerja sebagai tukang cuci, namun bekerja di sektor lain," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi operasi pada Sabtu.

JIM Selangor menjalankan pemeriksaan warga asing yang ditahan dalam serbuan di sebuah gudang barangan di Seksyen 22, Shah Alam pada Sabtu.
JIM Selangor menjalankan pemeriksaan warga asing yang ditahan dalam serbuan di sebuah gudang barangan di Seksyen 22, Shah Alam pada Sabtu.

Beliau berkata, JIM Selangor juga tidak menolak kemungkinan ada antara PATI ini tinggal lebih masa.

Katanya, antara tindakan yang boleh diambil ialah Seksyen 15 Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 6 akta yang sama serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

"Kita mengingatkan orang ramai atau majikan supaya tidak melindungi pendatang asing tanpa izin.

Antara warga asing yang ditahan ketika operasi hampir tamat selepas cuba menyorok di bawah kerusi.
Antara warga asing yang ditahan ketika operasi hampir tamat selepas cuba menyorok di bawah kerusi.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang PATI boleh salurkan kepada JIM Selangor untuk tindakan penguatkuasaan," ujarnya.