Casemiro terlepas rombongan United ke Fulham

Casemiro - Foto AGENSI
Casemiro - Foto AGENSI
A
A
A

PEMAIN Manchester United, Casemiro terlepas rombongan ke Fulham bagi aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu selepas mengalami kecederaan ketika The Red Devils tewas 0-3 kepada Newcastle United saingan Piala Liga, kata pengendali Erik ten Hag.

Pemain Brazil itu digantikan Sofyan Amrabat pada separuh masa perlawanan yang menyaksikan United tersingkir daripada saingan kalah mati.

“Sebelum separuh masa, dia mengalami kecederaan. Itulah sebabnya kami terpaksa mengeluarkannya.

“Kami perlu menunggu 24 jam, tetapi saya rasa pasti untuk Sabtu dia tidak bermain,” kata ten Hag tanpa menyatakan jenis kecederaan.

Casemiro, pemain utama kelab itu di bahagian tengah pertahanan, bulan lalu mengalami kecederaan buku lali ketika mewakili Brazil dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Venezuela.

Dia dianggap cergas untuk bermain menentang Uruguay lima hari kemudian, tetapi kelab itu memilih untuk meninggalkannya daripada lawatan ke Sheffield United untuk membantunya pulih.

Kecederaan terbaru pemain berusia 31 tahun itu berlaku menjelang perlawanan kelayakan Piala Dunia pertengahan November Brazil menentang Colombia dan juara Argentina.

Ten Hag berkata dia tidak boleh mengatakan sama ada Casemiro akan dipulihkan pada masa itu.

Artikel Berkaitan:

Manchester United berada di kedudukan kelapan dalam liga selepas tewas kepada Manchester City, manakala Brazil di tempat ketiga dalam kelayakan Piala Dunia selepas seri Oktober dengan Venezuela dan tewas kepada Uruguay.

LIGA PERDANA INGGERIS

SABTU (4 NOVEMBER)

Fulham lwn Manchester United, 8.30 malam

Brentford lwn West Ham United, 11 malam

Manchester City lwn Bournemouth, 11 malam

Sheffield United lwn Wolves, 11 malam

Burnley lwn Crystal Palace, 11 malam

Everton lwn Brighton, 11 malam

AHAD (5 NOVEMBER)

Newcastle United lwn Aersenal, 1.30 pagi

Nottingham Forest lwn Aston Villa, 10 malam

ISNIN (6 NOVEMBER)

Luton Town lwn Liverpool, 12.30 tengah malam

SELASA (7 NOVEMBER)

Tottenham Hotspur lwn Chelsea, 4 pagi