Norway kritik tindak balas tidak seimbang Israel

Store - Agensi
Store - Agensi
A
A
A

OSLO - Perdana Menteri Norway menyifatkan tindak balas Israel terhadap serangan pejuang Hamas awal bulan ini sebagai tidak seimbang.

Jonas Gahr Store sebaliknya mempersoalkan pengeboman Israel ke atas kawasan padat penduduk di Genting Gaza yang menurutnya satu pelanggaran undang-undang antarabangsa.

Malah, Store menyifatkan serangan bertali arus Israel meletakkan nyawa 200 rakyat Norway termasuk 100 kanak-kanak di Gaza dalam bahaya.

"Kami mengiktiraf hak Israel untuk mempertahankan dirinya tetapi mengebom Gaza di mana separuh daripada penduduknya adalah kanak-kanak sebagai satu tindak balas pelik.

"Apa juga tindakan Israel mesti selaras dengan peraturan perang antarabangsa," katanya.

Mengulas lanjut krisis kemanusiaan di Gaza, Store berkata: "Norway meminta gencatan senjata segera dan bantuan kecemasan mesti dibawa masuk ke Gaza. Ini tidak boleh dibiarkan berterusan."

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu baru-baru ini menolak rayuan 120 negara untuk mengadakan gencatan senjata segera di Gaza.

Setakat ini, angka kematian penduduk Palestin di Gaza melebihi 8,500 orang termasuk lebih 3,00 kanak-kanak dan lebih 2,000 wanita. - Agensi

Artikel Berkaitan: