Guardian miliki stor utama premium dan terbesar di Asia Tenggara

Priscilla Wu memperkenalkan bahagian 'Salon At Home' di Stor Guardian Baharu yang mempunyai terletak Pusat Membeli Belah Midvalley pada Rabu.Foto: SINARHARIAN/Rosli Talib
Priscilla Wu memperkenalkan bahagian 'Salon At Home' di Stor Guardian Baharu yang mempunyai terletak Pusat Membeli Belah Midvalley pada Rabu.Foto: SINARHARIAN/Rosli Talib
A
A
A

PENERAJU rantaian runcit farmasi, kesihatan dan kecantikan terkemuka, Guardian Malaysia (Guardian) memiliki stor utamanya yang serba baharu, tercanggih dan terbesar di Asia Tenggara di pusat membeli-belah Mid Valley di sini.

Pengarah Urusan Health and Beauty Malaysia dan Brunei, Priscilla Wu berkata, stor konsep baharu itu sebagai revolutionary dan evolutionary yang membolehkan pelanggan Guardian menikmati pengalaman membeli-belah yang serba baharu di stor premium utama baharu.

“Ia melambangkan pertumbuhan kukuh dan kejayaan berterusan jenama Guardian di Malaysia dan merupakan bukti komitmen tanpa henti Guardian dalam menawarkan produk kesihatan dan kecantikan terbaik di pasaran pada nilai terbaik kepada pelanggan kami,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pembukaan Stor Guardian di pusat membeli-belah Mid Valley di sini pada Rabu.

Beliau berkata, Guardian telah mengukuhkan tawaran perniagaannya menerusi stor konsep unik seluas 7000 kaki persegi (650.32 meter persegi) itu, sekali gus memanfaatkan trend kesihatan dan kecantikan global terkini serta trend pengguna yang sentiasa berubah.

Priscilla Wu memperkenalkan Stor Guardian Baharu di pusat membeli-belah Mid Valley di Kuala Lumpur pada Rabu.Foto: SINARHARIAN/Rosli Talib
Priscilla Wu memperkenalkan Stor Guardian Baharu di pusat membeli-belah Mid Valley di Kuala Lumpur pada Rabu.Foto: SINARHARIAN/Rosli Talib

“Pelaburan kami dalam stor konsep baharu ini mewujudkan pengalaman membeli-belah terbaik dalam kelasnya dengan kategori produk baharu yang telah berkembang seiring dengan permintaan dan trend baharu pengguna.

“Ia akan memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih tersendiri, informatif dan interaktif kepada pelanggan.

“Kami juga akan memperkenalkan lebih 30 jenama penjagaan kulit dan kosmetik baharu ke stor kami, dengan 20 rangkaian penjagaan kulit dan lebih 10 jenama kosmetik baharu, yang mana kebanyakannya adalah eksklusif untuk Guardian.

Artikel Berkaitan:

“Jenama baharu itu termasuk jenama mandian Tanamera Natural, serta jenama penjagaan rambut eksklusif dari Jepun (Ahalo, Fun Azum, Theratis, Kose Bioless dan Kose Je L’aime) dan Korea (Mise En Scene dan Ryo),” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, susun atur stor utama Guardian yang unik akan menampilkan segmen produk baharu seperti ruangan Clean & Natural Beauty, Tweens, Salon-At-Home, Wellness di bahagian Penjagaan Kesihatan.

Stor itu bakal menjadi stor utama Guardian pertama yang dilengkapi fasad berskrin animasi LED, skrin paparan LED digital dinamik dan interaktif di seluruh stor dan dua tiang interaktif khas yang memaparkan maklumat produk interaktif menerusi hologram dan berfungsi sebagai tanda navigasi.

Stor itu juga akan mempamerkan konsep baharu daripada jenama penjagaan mulut, Oral B dan Sensodyne.

Untuk memberikan lebih ganjaran kepada pelanggan, untuk tempoh terhad sempena pelancaran stor utama baharu ini, Guardian telah menyediakan pelbagai promosi dan tawaran menarik untuk pelanggan setia kami.