Pochettino minta penyokong Chelsea terus yakin

Mauricio Pochettino. - Foto AFP
Mauricio Pochettino. - Foto AFP
A
A
A

MAURICIO Pochettino mengharapkan penyokong Chelsea untuk terus memberikan kepercayaan kepada The Blues selepas persembahan kurang memuaskan yang menyaksikan pasukan itu berada di kedudukan ke-11 Liga Perdana Inggeris ketika ini.

Penonton di Stamford Bridge mengejek Chelsea selepas tewas kepada Brentford yang menjadi kekalahan di laman sendiri musim ini sekali gus memberi tekanan kepada Pochettino.

“Saya rasa mereka perlu bersama kami dan saya tahu sukar untuk memendam perasaan kecewa itu.

“Peminat mahu menang dan mereka menunjukkan emosi tetapi mesejnya adalah untuk percaya dan menunjukkan kepercayaan kepada kami dan pastinya ia mengenai proses.

“Terdapat banyak perkara rumit, apa yang telah berlaku (yang menyumbang kepada prestasi Chelsea) dan anda sentiasa memerlukan tuah untuk menang.

“Salah satu situasi yang berlaku ialah kecederaan Christopher Nkunku. Dia adalah pemain yang kami tandatangani dengan objektif untuk menyediakan pasukan dan membantu meletakkan kami di kedudukan berbeza," katanya.

Pochettino berkata, pasukannya beraksi baik dalam beberapa perlawanan terakhir termasuk mencipta banyak peluang cuma gagal menjaringkan gol.

“Dalam beberapa perlawanan kami mencipta peluang dan tidak menjaringkan gol, kami tidak mendapat apa yang sepatutnya. Saya rasa kami layak menang jika bercakap tentang prestasi kami.

Artikel Berkaitan:

“Dalam perlawanan terakhir kami mencipta peluang dan kami lebih baik daripada Brentford yang melakukan hantaran sangat rendah. Namun, sudah tentu kami perlu lebih agresif," katanya.