Azmir Saifuddin dilantik sebagai CEO Finas

Azmir Saifuddin
Azmir Saifuddin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Datuk Azmir Saifuddin Mutalib dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) berkuat kuasa pada Rabu.

Finas dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan pelantikan itu adalah bagi tempoh dua tahun hingga 31 Oktober 2025.

Azmir Saifuddin yang berkelulusan Ijazah Pengkomputeran daripada Universiti Sheffield Hallam, United Kingdom memulakan kerjayanya di Bahagian Kreatif Multimedia Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) serta pernah berkhidmat sebagai Pengarah Urusan di Base FX.

"Berdasarkan kepakaran dan pengalaman yang luas dalam industri kreatif, Finas yakin Azmir Saifuddin mampu menggalas serta melaksanakan tanggungjawab untuk memacu industri filem Malaysia ke tahap yang lebih tinggi,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: