Mahu lihat gerhana matahari cincin, ini nasihat Raja Permaisuri

'Cincin berapi' akan berlaku sekali lagi pada tengah hari 26 Disember ini. (Paparan Twitter Permaisuri Agong berkenaan gerhana matahari cincin.)
'Cincin berapi' akan berlaku sekali lagi pada tengah hari 26 Disember ini. (Paparan Twitter Permaisuri Agong berkenaan gerhana matahari cincin.)
A
A
A

SHAH ALAM - Selepas kali terakhir berlaku 21 tahun lalu, rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan keunikan fenomena alam dikenali sebagai gerhana matahari cincin.

Gerhana Matahari Anulus yang pernah terjadi pada 22 Ogos 1998 di Mersing Johor akan berlaku sekali lagi pada tengah hari 26 Disember ini.

Bagaimanapun status terbaharu Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi Twitter berkenan menasihatkan orang ramai agar menjaga mata ketika melihat gerhana tersebut.

"Tahun 2001, saya melihat gerhana matahari di France, mereka siapkan kaca mata khas tapi saya degil nak juga lihat dengan mata kasar!

"Akibatnya, pancaran itu bakar retina saya dan nasib baik tidak teruk, jadi saya nasihatkan, tolong jangan pandang terus kod gerhana kerana boleh rosak mata," ciapnya.

Perkongsian pengalaman baginda itu nyata menarik perhatian netizen yang turut menjunjung kasih di atas kata-kata nasihat tersebut selain menyifatkan baginda berjiwa rakyat sentiasa mengutamakan keselamatan rakyat jelata.

@gmie7172 berkata, "Semoga Tuanku sentiasa dilimpahi Rahmat ALLAH, jauhkanlah segala keburukan dan kesakitan terhadap Tuanku. Terima kasih atas nasihat, patik menjunjung perintah. Insya-ALLAH."

Kata @shark_gp, "Baik tuanku, terima kasih atas nasihat tuanku."

Artikel Berkaitan:

Tambah @mmazx1, "Ampun tuanku, semoga nasihat yang berguna ini dapat kita manfaatkan sebaik mungkin. Semoga ALLAH merahmati Tuanku dan sultan dengan kesihatan yang baik2 hendaknya."