redONE, Safee terbitkan dokumentari SEPULUH

Farid (kanan) bersama Safee.
Farid (kanan) bersama Safee.
A
A
A

SHAH ALAM - redONE Network Sdn Bhd (redONE), Operator Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) pertama di Malaysia mengumumkan kerjasama dengan ikon bola sepak Malaysia, Safee Sali untuk siri dokumentari menarik bertajuk ‘SEPULUH’ yang bakal memukau penyokong dan penggemar sukan.

Dokumentari itu akan memaparkan kisah hidup dan perjalanan beliau sebagai seorang atlet serta impaknya terhadap arena bola sepak tanahair.

Ketua Pegawai Eksekutif redONE, Farid Yunus berkata, keputusan untuk berganding bahu menjayakan dokumentari tersebut adalah sejajar dengan komitmen syarikat untuk menyokong dan mempromosikan inisiatif pembangunan sukan di Malaysia.

Menurut Farid, dengan menyokong penghasilan dokumentari itu, redONE berharap kisah Safee dapat mencetus inspirasi dan motivasi kepada generasi pelapis pemain bola sepak dan atlet lain di negara ini.

“redONE berbesar hati dapat berganding bahu dengan Safee dalam dokumentari ini kerana perjalanan beliau bukan sekadar berkisarkan kejayaannya dalam bola sepak, malah ia juga membuktikan rakyat Malaysia mempunyai semangat kental.

“Kami yakin akan keberkesanan naratif sedemikian dan melalui sokongan ini, kami berhasrat dapat menyumbang dalam meraikan kecemerlangan dan keazaman,” katanya menerusi satu kenyataan.

Menurut Farid, sokongan kewangan adalah penting dan akan sentiasa diperlukan oleh pertubuhan dan kelab sukan untuk perbelanjaan kemudahan, peralatan sukan, kakitangan sokongan serta bagi menampung kos acara kejohanan.

”Secara peribadi, saya sendiri terlibat dalam kelab bola sepak Liga Super dan saya mempunyai pengalaman langsung berdepan dengan kekangan kewangan yang dihadapi oleh kelab dan atlet,” jelas Farid.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, kebanyakan badan korporat tidak berminat untuk melabur dalam sukan sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat mereka kerana ia selalunya memerlukan pelaburan yang besar dan pulangan kewangan yang diterima tidaklah ketara.

“Kami berharap kerjasama ini dapat memberi inspirasi kepada syarikat-syarikat korporat lain untuk tampil menyokong pembangunan sukan negara.

"Secara kolektif, kita semua boleh menyumbang ke arah pertumbuhan dan kejayaan atlit dan pasukan Malaysia,” tambah Farid.

redONE komited dalam usahanya untuk memartabatkan industri sukan negara dan telah terlibat secara aktif dalam pelbagai inisiatif sukan termasuk penajaan Kejohanan Badminton ‘Purple League’, Selangor Squash, Kuala Lumpur Fencing, Selangor FC, Terengganu FC dan Kelantan FC dan banyak lagi.

redONE juga kini menaja Sabah FC, PDRM FC dan Imigresen FC, dari pasukan Under-19 dan akademi bola sepak junior mereka.

Dokumentari ‘SEPULUH’ diterbitkan oleh Astro hasil kolaborasi bersama Prime Sports International dan ianya memberi penghormatan kepada Safee Sali yang digelar ‘Mokhtar Dahari’ era kini menerusi siri enam bahagian yang termasuk wawancara eksklusif dan rakaman pengalamannya.

Safee
Safee

Siri itu memberi peluang kepada penonton untuk menyaksikan bagaimana Safee mula berkecimpung dalam bola sepak dan detik-detik penting serta jatuh bangun yang membentuk kariernya.

Peminat Safee Sali dan penggemar sukan Malaysia boleh menonton tayangan premier

‘SEPULUH’ di Astro Arena (Saluran 801) pada 24 November 2023 dan setiap Jumaat pada pukul 9 malam.