Masa Young Tigers perkemas rentak

Young Tigers akan melengkapkan aksi Kumpulan B bertemu Pakistan pada Selasa.
Young Tigers akan melengkapkan aksi Kumpulan B bertemu Pakistan pada Selasa.
A
A
A

SKUAD hoki remaja negara akan memperkemaskan rentak dan memperbaiki kelemahan yang ada sebelum aksi terakhir Kumpulan B Piala Sultan Johor (SOJC) 2023 bertemu Pakistan di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru pada Selasa.

Pengendali Young Tigers, Muhamad Amin Rahim berkata, pasukan negara akan cuba memburu keputusan positif biarpun sedar peluang untuk mara ke pusingan separuh akhir tampak mustahil selepas tewas dua perlawanan kepada New Zealand dan India.

“Bagi saya, dalam permainan hoki moden ini, kita tidak boleh membenarkan pasukan gergasi seperti India yang mempunyai pemain bagus dalam pukulan sudut penalti untuk menghukum pasukan kita.

“Kita akan kaji semula kesilapan itu dan baiki agar ia tidak berulang lagi dalam perlawanan seterusnya.

"Kita juga ada dua hari sebelum perlawanan menentang Pakistan.

“Kita akan perkemaskan bahagian tertentu seperti pukulan sudut penalti dan penyudah," katanya.

Pada Jumaat, skuad muda negara ditewaskan oleh New Zealand 2-3 sebelum terpaksa akur dengan kualiti dimiliki India apabila kecundang 1-3 dalam aksi kedua pada Sabtu.

Sebalik kekalahan yang dialami pasukannya, Muhamad Amin mengakui banyak perkara positif telah dipamerkan dan ia medan persiapan terbaik

Artikel Berkaitan:

Malah, beliau juga menegaskan sudah banyak perkara positif diraih menjelang Piala Dunia Remaja pada 5 hingga 16 Disember depan.

“Perkara-perkara positif kita sudah lakukan pada dua perlawanan ini, kita gunakan dengan sebaik mungkin.

"Kita kena perkuatkan perkara-perkara positif yang kita lakukan.

“Sudah tentu perkara negatif yang kita lakukan, kita kena perbetulkan dalam masa terdekat ini untuk kita pastikan pasukan kita betul-betul bersedia pada Piala Dunia Remaja nanti," katanya.