Maritim bantu penduduk terkena serangan jantung

Pesakit (kiri) tiba di jeti Shahbandar Mersing untuk dibawa ke Hospital Mersing bagi menerima rawatan lanjut - - Foto Maritim Malaysia
Pesakit (kiri) tiba di jeti Shahbandar Mersing untuk dibawa ke Hospital Mersing bagi menerima rawatan lanjut - - Foto Maritim Malaysia
A
A
A

MERSING - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Mersing membantu seorang penduduk Pulau Aur di sini, mendapatkan rawatan selepas disyaki mengalami serangan jantung, Jumaat lalu.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Saadin berkata, pihaknya dihubungi Pejabat Kesihatan Mersing yang meminta bantuan untuk membawa pesakit berkenaan ke hospital setelah lelaki itu mendapatkan rawatan awal di Klinik Kesihatan Pulau Aur.

“Bot peronda Maritim Malaysia, Perkasa 31 telah dikerahkan ke Pulau Aur bagi memberikan bantuan Medical Evacuation (Medevac) kepada pesakit dengan disertai tiga pegawai perubatan Hospital Mersing.

“Pesakit, Baba Rahman, 55, berjaya dipindahkan ke bot Maritim Malaysia dari Klinik Kesihatan Pulau Aur pada jam 7.30 petang.

“Pesakit kemudiannya tiba di Jeti Shahbandar Mersing sejam kemudian sebelum dibawa terus ke Hospital Mersing dengan menaiki ambulans bagi menerima rawatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, sebarang aduan dan insiden kecemasan yang berlaku di laut, orang ramai boleh melaporkannya kepada Pusat Operasi Zon Maritim Mersing di talian 07-7982529/011- 53226060 dan Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 07-219 9404 atau talian kecemasan MERS 999 untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan: