Maidam juara Badminton Zakat Cup 2023

Abdul Hakim (lapan kanan) menyerahkan piala pusingan kepada pasukan Maidam selepas dinobatkan sebagai juara Kejohanan Badminton Zakat Cup di Arena Sukan Kuala Lumpur
Abdul Hakim (lapan kanan) menyerahkan piala pusingan kepada pasukan Maidam selepas dinobatkan sebagai juara Kejohanan Badminton Zakat Cup di Arena Sukan Kuala Lumpur
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Pasukan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dinobatkan sebagai juara Kejohanan Badminton Zakat Cup di Arena Sukan Kuala Lumpur, di Setapak, di sini pada Ahad.

Pasukan Maidam membuktikan 'smash' mereka lebih mantap apabila mengetepikan cabaran Pasukan Kutipan Zakat (PKZ) Pahang yang terpaksa berpuas hati gelaran sebagai naib juara kejohanan.

Tempat ketiga dan keempat dimenangi pasukan Majlis Agama Islam Negeri Sabah dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

Pasukan Kutipan Zakat Pahang terpaksa berpuas hati dengan gelaran sebagai naib juara kejohanan.
Pasukan Kutipan Zakat Pahang terpaksa berpuas hati dengan gelaran sebagai naib juara kejohanan.

Sebagai rekod, kejohanan anjuran Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) itu diadakan sejak 2000 namun kembali diadakan semula selepas enam tahun pada tahun ini.

Sebanyak 15 pasukan agensi memungut zakat dari seluruh negara menyertai kejohanan dan masing-masing membariskan lapan pemain terdiri daripada dua beregu bebas, satu beregu wanita dan satu beregu veteran.

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman berkata, selaku tuan rumah, beliau gembira dengan penglibatan lebih 400 peserta yang terdiri daripada pengurusan tertinggi, pegawai dan ahli keluarga pusat-pusat zakat seluruh Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Tempat ketiga dimenangi pasukan Majlis Agama Islam Negeri Sabah
Tempat ketiga dimenangi pasukan Majlis Agama Islam Negeri Sabah

Menurutnya, pada masa sama kejohanan tersebut juga memberi peluang kepada pegawai dan pengurusan pusat-pusat zakat untuk berbincang dan bertukar buah fikiran sambil bersukan.

"Setiap pasukan menunjukkan semangat kesukanan dan kerja berpasukan yang tinggi.

"Semangat ini, wajar diberi penekanan dan perhatian kerana ia bukan sahaja untuk kebaikan individu malah keseluruhan organisasi terutamanya bagi memastikan institusi zakat sentiasa produktif dan ke hadapan.

"Semoga kejohanan ini berjaya menjadi medan pengukuhan ukhuwah dan silaturahim antara pusat-pusat zakat negeri selepas ini," katanya ketika berucap di majlis penutup Kejohanan Badminton Zakat Cup 2023 di Arena Sukan Kuala Lumpur di sini.

Tempat keempat dimenangi pasukan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.
Tempat keempat dimenangi pasukan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

Selain badminton, acara sukan lain yang dianjurkan melalui Mesyuarat Pengurusan Zakat Negeri-Negeri (MPZN) adalah bola sepak (Berkat Cup), futsal dan boling yang menjadi acara tahunan di mana tuan rumah akan ditentukan mengikut giliran yang dipersetujui bersama.