Bayern Munich perkukuh kedudukan Bundesliga

Kane meledak hatrik dalam perlawanan menentang Darmstadt 98 di Stadium Allianz Arena.
Kane meledak hatrik dalam perlawanan menentang Darmstadt 98 di Stadium Allianz Arena.
A
A
A

PENYANDANG juara Bayern Munich memperkukuhkan kedudukan teraju Bundesliga selepas membelasah Darmstadt 98, 8-0 dalam perlawanan di Stadium Allianz Arena pada Sabtu.

Bagaimanapun kemenangan besar anak buah Thomas Tuchel dicemari insiden layangan kad merah terhadap Joshua Kimmich sewal minit keempat dan dua pemain Darmstadt, Matej Maglica (m-21) dan Klaus Gjasula (m-41).

Gol pasukan tuan rumah dijelmakan Harry Kane menerusi hatrik (m-51, m-69, m-68), Leroy Sane (m-56, m-64), Jamal Musiala (m-60, m-76) dan Thomas Mueller (m-71) untuk kemenangan ketujuh selepas sembilan perlawanan.

Perlawanan itu juga menyaksikan penampilan semula penjaga gol, Manuel Neuer yang direhatkan setahun akibat kecederaan.

"Itu adalah babak pertama yang gila menentang lawan yang sukar. Secara keseluruhan pada separuh masa pertama pasukan melakukan terlalu banyak kesilapan dan kurang intensiti.

"Namun separuh masa kedua tindak balas pasukan jelas. Kami mempunyai seorang pemain tambahan, kami bermain banyak peluang, menjaringkan banyak gol.

"Sejujurnya ini merupakan perlawanan yang luar biasa. Malah tiada siapa menjangka ia berakhir seperti ini," kata Tuchel.

Artikel Berkaitan: