Rehda, KPKT sedia bantu B40, M40 miliki rumah

Kor Ming melihat beberapa pempamer menunjukkan produk yang ditawarkan sempena Mapex 2023 di Pusat Pameran Mid Valley, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Kor Ming melihat beberapa pempamer menunjukkan produk yang ditawarkan sempena Mapex 2023 di Pusat Pameran Mid Valley, Kuala Lumpur pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kerjasama antara Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda) menunjukkan kesediaan dalam membantu golongan B40 serta M40.

Presidennya, Datuk NK Tong berkata, menerusi Pameran Expo Hartanah dan Perumahan (Mapex) orang ramai boleh melihat dan membeli rumah dengan harga berpatutan.

Menurutnya, dalam pengumuman Belanjawan 2024, kerajaan dijangka menyediakan 8,600 rumah kepada rakyat dan ia membantu melonjakkan kembali ekonomi hartanah negara.

“Program perumahan yang dilaksanakan oleh kerajaan bukan sahaja menguntungkan pembeli, sebaliknya membantu pemain industri terus maju menerusi pelbagai insentif.

Kor Ming bersama Ketua Setiausaha KPKT, Datuk M Noor Azman Taib (dua dari kanan); Kin Meng (dua dari kiri) dan NK Tong (tiga dari kiri) melancarkan Mapex 2023 di Pusat Pameran Mid Valley, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Kor Ming bersama Ketua Setiausaha KPKT, Datuk M Noor Azman Taib (dua dari kanan); Kin Meng (dua dari kiri) dan NK Tong (tiga dari kiri) melancarkan Mapex 2023 di Pusat Pameran Mid Valley, Kuala Lumpur pada Jumaat.

“Menurut laporan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (Napic), sebanyak 114,973 transaksi unit hartanah yang telah berjaya dijual dengan jumlah RM44.78 bilion pada separuh tahun pertama 2023.

“Rekod tersebut menunjukkan rakyat masih percaya dengan pasaran dan ekonomi Malaysia walaupun terdapat beberapa isu fiskal dihadapi oleh negara.

“Kami menyokong cadangan KPKT membantu pemaju menyediakan perumahan mampu milik kepada golongan B40 dan M40 menerusi pelbagai insentif yang disediakan,” katanya dalam ucapan dalam ekspo Mapex di Pusat Pameran Midvalley pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Ujar NK Tong, pemaju hartanah sedang berusaha untuk memastikan setiap rakyat Malaysia mampu miliki rumah impian mereka.

Jelasnya, seluruh industri perlu bekerjasama bagi mengecilkan jurang kemampuan untuk memiliki aset hartanah dalam negara.

“Sebarang perbincangan dan libat urus daripada pelbagai pihak akan memberi manfaat kepada rakyat dan kami berusaha melakukan sebaik mungkin bagi memenuhi keperluan hartanah semasa,” katanya.

Sementara itu, Menteri KPKT, Nga Kor Ming berkata, walaupun negara dan dunia mengalami ketidaktentuan ekonomi, namun sektor hartanah Malaysia masih rancak dan stabil.

Kor Ming melawat pameran Mapex 2023 di Pusat Pameran Mid Valley, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Kor Ming melawat pameran Mapex 2023 di Pusat Pameran Mid Valley, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Menurut beliau, kerajaan akan terus mengangkat agenda nasional dengan mengangkat pembinaan rumah mampu milik yang berkualiti menerusi pelbagai insentif yang disediakan.

“Belanjawan 2024 kerajaan telah memperuntukkan RM800 juta untuk pembinaan rumah mampu milik menerusi Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan juga Rumah Mesra Rakyat yang mana kita akan memberi manfaat kepada golongan B40 dan M40,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Mapex, Datuk Chan Kin Meng berkata, ekspo pameran tersebut berpotensi menjadi platform terbaik kepada syarikat hartanah untuk memperkenalkan produk mereka.

Ulasnya, sebanyak 30 syarikat hartanah akan membuka reruai dan mempamerkan unit perumahan sedia ada dengan harga istimewa.

“Ekspo ini akan diadakan bermula 27 sehingga 29 Oktober 2023 dan orang ramai berpeluang untuk memenangi rebat tunai berjumlah RM50,000,” ujarnya.