Think City mahu teroka peluang baharu di Sabah, Sarawak

Think City dan kerajaan negeri Pulau Pinang pergiatkan program penaiktarafan dan pemuliharaan secara menyeluruh kubu terbesar di Malaysia Barat, Fort Cornwallis, sebagai sebahagian Program Peningkatan Tebing Laut Utara sejak tahun 2009.
Think City dan kerajaan negeri Pulau Pinang pergiatkan program penaiktarafan dan pemuliharaan secara menyeluruh kubu terbesar di Malaysia Barat, Fort Cornwallis, sebagai sebahagian Program Peningkatan Tebing Laut Utara sejak tahun 2009.
A
A
A

SHAH ALAM - Think City Sdn Bhd (Think City) bakal meneroka peluang baharu di Sabah dan Sarawak sebagai usaha meremajakan tapak kebudayaan penting di kawasan Borneo.

Pengarah Urusan Think City, Hamdan Abdul Majeed berkata, pihaknya kini sedang berusaha untuk mempercepatkan inisiatif berkenaan.

"Kami sedar bandar-bandar Malaysia kaya dengan sejarah dan warisan tersendiri yang boleh dimanfaatkan dalam pertumbuhan ekonomi berasaskan budaya.

"Think City akan mengembangkan inisiatif memperbaharui aset warisan penting di bandar dan pekan, termasuk menggiatkan semula tawaran warisan dan budaya tempatan untuk meningkatkan ekonomi melalui pembangunan budaya," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Hamdan
Hamdan

Bagi peringkat antarabangsa, Hamdan berkata, Think City berusaha untuk meluaskan rangkaian menerusi perkongsian sedia ada bersama Aga Khan Trust for Culture, UN-Habitat dan ICCN (Rangkaian Bandar Kreatif Indonesia).

Beliau menjelaskan, perkongsian tersebut merangkumi pemulihan warisan sejarah di Hyderabad, India.

"Dengan memanfaatkan amalan terbaik dan hubungan erat rakan kongsi, kami bertekad untuk mengukuhkan rangkaian sedia ada, berkongsi pengetahuan dan memupuk kerjasama baharu bagi meneruskan usaha berkenaan.

Artikel Berkaitan:

"Melalui gabungan rangkaian rakan kongsi, penglibatan komuniti dan projek inovatif, kami berhasrat untuk mengukir landskap bandar yang mampan dan kaya budaya, sekali gus menjadikan ia bukan sekadar berdaya huni, tetapi hab ekspresi kreatif sejajar pembangunan 'urban global'," ujarnya.

Pentas Seni Merdeka merupakan inisiatif seni awam untuk mempromosikan ekuiti sosial melalui pengaktifan ruang awam dan kelestarian keseluruhan pusat bandar Kuala Lumpur.
Pentas Seni Merdeka merupakan inisiatif seni awam untuk mempromosikan ekuiti sosial melalui pengaktifan ruang awam dan kelestarian keseluruhan pusat bandar Kuala Lumpur.

Sementara itu, sempena Hari Bandar Sedunia Hamdan berkata, Think City akan meningkatkan usaha advokasi bagi menggalakkan kerjasama antara pihak awam dan swasta untuk pembiayaan serta pengurusan projek menerusi Pelan Induk Daerah Kreatif dan Kebudayaan (KLCCD).

"Kami akan terus menjalin kerjasama erat dengan para pemegang taruh bagi memastikan keperluan kewangan dapat ditangani demi menyediakan masa depan bandar yang mampan untuk manfaat semua," ujarnya.

Think City merupakan anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Berhad yang ditubuhkan pada 2009 untuk memberi tumpuan kepada solusi perbandaran, alam sekitar, komuniti sosial dan ekonomi budaya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!