Republic Kogeki B menang Cabaran Petrosains RBTX 2023

Republic Kogeki B diumumkan sebagai pemenang keseluruhan bagi kategori Robo Sumo 3kg.
Republic Kogeki B diumumkan sebagai pemenang keseluruhan bagi kategori Robo Sumo 3kg.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Pasukan Republic Kogeki B dinobat pemenang kategori Robo Sumo 3 kilogram (kg) selepas bertemu pasukan sama, Republic Kogeki A dalam aksi akhir Cabaran Petrosains RBTX 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Khamis.

Pasukan dari Kelab Robotik Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kompleks KLIA, Nilai itu membawa pulang wang tunai RM2,500 dan bakal meneruskan cabaran ke pertandingan robotik di Jepun pada Disember ini.

Guru penasihat kelab tersebut, Puan Suzana Adenan berkata, Cabaran Petrosains RBTX telah disertai sejak 2018 dan merupakan tahun ketiga layak menyertai pertandingan di Tokyo, Jepun.

Republic Kogeki A diumumkan sebagai pemenang tempat kedua bagi kategori Robo Sumo 3kg.
Republic Kogeki A diumumkan sebagai pemenang tempat kedua bagi kategori Robo Sumo 3kg.

Menurutnya, produk dihasilkan ditambah baik bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi memberikan persaingan di peringkat antarabangsa terutama Jepun yang telah jauh ke hadapan dalam bidang berkenaan.

Suzana (kanan) bersama anaknya, Akmal Husaini Zulkarnain yang juga peserta pasukan Republic Kogeki B menunjukkan hadiah kemenangan yang diterima.
Suzana (kanan) bersama anaknya, Akmal Husaini Zulkarnain yang juga peserta pasukan Republic Kogeki B menunjukkan hadiah kemenangan yang diterima.

"Pertama kali ke Jepun pada 2018, kita kutip pengalaman, jadi pada tahun seterusnya kita tambah baik apa yang perlu supaya dapat capai piawaian ditetapkan dan setanding dengan negara-negara lain.

"Tahun 2019, kita dapat tempat ke-16 terbaik dan kali ini harap dapat naik podium.

Artikel Berkaitan:

"Sasaran itu tidak mustahil kerana berjaya menewaskan pasukan dari Mexico dalam pertandingan Penang International Robotic sekitar Jun lalu," katanya pada Khamis.

Beliau ditemui selepas selesai majlis penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Arthur Joseph Kurup.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Petrosains, Ezarisma Azni Mohamad.

Ezarisma berkata, Cabaran Petrosains RBTX 2023 menerima penyertaan daripada 1,700 pasukan termasuk lebih 10 pasukan dari negara luar.

Aksi akhir Robo Sumo 3kg diantara Republic Kogeki B (kiri) bertemu Republic Kogeki A yang turut disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif Petrosains, Ezarisma Azni Mohamad (tengah).
Aksi akhir Robo Sumo 3kg diantara Republic Kogeki B (kiri) bertemu Republic Kogeki A yang turut disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif Petrosains, Ezarisma Azni Mohamad (tengah).

Menurutnya, daripada jumlah itu, 240 pasukan layak meneruskan cabaran pada pertandingan akhir dalam lapan kategori dipertandingkan.

"Kami berbesar hati dapat menganjurkan pertandingan ini secara tahunan sebagai penyedia platform buat peminat robotik berkumpul, belajar dan menguji kehebatan robot yang dihasilkan.

"Ini juga memberi peluang buat peserta untuk mengasah inovatif dan kemahiran berfikir tahap tinggi agar dapat menyumbang dalam kepesatan landskap teknologi," katanya.

Pasukan Ikedo Kogeki bergambar kenangan selepas menerima hadiah kemenangan di Cabaran Petrosains RBTX 2023..
Pasukan Ikedo Kogeki bergambar kenangan selepas menerima hadiah kemenangan di Cabaran Petrosains RBTX 2023..

Sebanyak lapan kategori dalam pertandingan itu terdiri Robo Tracer Junior Robo Tracer Advance, Robo Tracer Open, Robo Sumo 1KG, Robo Sumo 3KG, Innovation Junior, Innovation Advance dan Innovation Open.

Program mendapat sokongan dan penajaan daripada daripada Yayasan Peneraju, OPITO, Bank Simpanan Nasional (BSN), Sustainable Energy Development Authority (SEDA), MyDIGITAL Corporation, Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti, Cytron Technologies dan FSI Japan.

Para pemenang bergambar beramai-ramai bersama tetamu khas pada majlis penyampaian hadiah Cabaran Petrosains RBTX 2023 pada Khamis.
Para pemenang bergambar beramai-ramai bersama tetamu khas pada majlis penyampaian hadiah Cabaran Petrosains RBTX 2023 pada Khamis.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!