Bad Indigo meninggal dunia

Badrul Izhan
Badrul Izhan
A
A
A

PENYANYI yang juga anggota kumpulan Indigo, Bad, atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah meninggal dunia pada kira-kira jam 7 malam di tempat kerjanya di Ampang, Selangor.

Bad meninggal dunia pada usia 48 tahun dan punca kematiannya masih belum diketahui.

Berita duka itu dikongsikan penyanyi Liza Hanim menerusi hantaran di Insta Story sebentar tadi.

“Baru dapat berita Bad Indigo telah kembali ke Rahmatullah.

“Akan kongsi selebihnya nanti,” tulisnya ringkas.

Difahamkan Liza bersama suaminya Shah Indigo kini dalam proses menguruskan jenazah Bad.

Sebelum ini, Bad yang menghidap kencing manis menjalani pembedahan membuang tiga jadi kaki pada 9 Mei tahun lalu sebelum semua jari kakinya terpaksa dipotong beberapa bulan kemudian.

Dia kemudiannya terpaksa menggunakan bantuan alat 'walker' dan kerusi roda untuk memudahkan pergerakan.

Artikel Berkaitan:

Bad merupakan bapa tunggal sejak 2010, meninggalkan dua cahaya mata iaitu Rania, 13, dan Rayyan, 14 tahun.