Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK terima anugerah

Chai (tengah) menerima penghargaan daripada Dr Anis (kanan) sambil disaksikan oleh Pengerusi Pertubuhan Kebajikan (Al-Jamiatul Khairiah) Selangor Dan Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Syed Hussien Al-Habshee sempena Malam Mahabbah Dr.Anis Rasyid Baswedan yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Chai (tengah) menerima penghargaan daripada Dr Anis (kanan) sambil disaksikan oleh Pengerusi Pertubuhan Kebajikan (Al-Jamiatul Khairiah) Selangor Dan Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Syed Hussien Al-Habshee sempena Malam Mahabbah Dr.Anis Rasyid Baswedan yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
A
A
A
PENGASAS dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK, Datuk Seri Dr KK Chai telah menerima anugerah khas kerana sumbangannya kepada golongan yang memerlukan tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa.

Anugerah itu diberikan oleh Pertubuhan Kebajikan (Al-Jamiatul Khairiah) Selangor Dan Wilayah Persekutuan pada Malam Mahabbah Bersama Dr Anies Rasyid Baswedan yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Turut menerima anugerah pada majlis itu ialah Dr Anies yang merupakan bekas Menteri Pendidikan Dan Kebudayaan Indonesia.

KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Supermart) dalam satu kenyataan berkata, sejak tahun 2019, syarikat itu memulakan projek Gerobok Makanan iaitu stok makanan dan barang keperluan harian diserahkan kepada agensi kerajaan dan dua masjid utama di pusat bandar.

“Di dalam projek ini, setiap bulan sehingga kini syarikat secara konsisten membekalkan barang keperluan untuk diagihkan kepada masyarakat yang memerlukan.

“Agensi tersebut ialah Jawi Food Bank, Gerobok Muhibbah di Masjid Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur, Bait Al-Mahabbah di Masjid Putra di Putrajaya dan terbaharu di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam yang bakal dirasmikan pada akhir tahun ini,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, kesemua agensi dan masjid tersebut dipilih di peringkat awal berdasarkan kepada proses pengurusan agihan sumbangan lebih berkesan dan kawasan sekitar yang padat dengan penduduk.

Sementara itu, menurut Chai, dalam situasi yang mencabar kini dan ramai rakyat yang terkesan tidak kira di bandar mahupun di luar bandar apatah lagi selepas Malaysia berhadapan dengan pandemik Covid-19.

Artikel Berkaitan:

“Dengan adanya kerjasama dengan pihak Jawi dan tiga masjid melalui Gerobok Makanan ini diharap boleh menjadi satu saluran tambahan untuk masyarakat mendapatkan bantuan.

“Pada tahun ini syarikat memperuntukkan RM500,000 untuk projek ini dan menyasarkan golongan B40 dan daif sebagai penerima,” kata Chai.