Dasar gaji progresif dijangka libat kos tambahan minimal kepada majikan

Dasar gaji progresif dijangka melibatkan kos tambahan yang minimum kepada majikan kerana kerajaan bercadang untuk memberi insentif tunai kepada majikan terlibat bagi menampung kenaikan kos gaji pekerja. - Gambar hiasan
Dasar gaji progresif dijangka melibatkan kos tambahan yang minimum kepada majikan kerana kerajaan bercadang untuk memberi insentif tunai kepada majikan terlibat bagi menampung kenaikan kos gaji pekerja. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dasar gaji progresif dijangka melibatkan kos tambahan yang minimum kepada majikan kerana kerajaan bercadang untuk memberi insentif tunai kepada majikan terlibat bagi menampung kenaikan kos gaji pekerja, kata Kementerian Ekonomi pada Rabu.

Majikan akan menerima insentif tunai sekiranya memenuhi syarat-syarat berdasarkan garis panduan kenaikan gaji tahunan yang akan dikeluarkan oleh kerajaan.

Kementerian tersebut berkata, penetapan gaji secara kolektif berdasarkan konsep pakatan tiga pihak iaitu antara majikan, kerajaan dan kesatuan sekerja memainkan peranan penting dalam meningkatkan gaji pekerja.

"Memandangkan kadar penyertaan dalam kesatuan sekerja yang masih rendah di Malaysia, kerajaan akan mengambil langkah sewajarnya untuk meningkatkan jumlah pekerja yang menyertai kesatuan melalui pendedahan yang berterusan berkenaan peranan dan faedah berkesatuan kepada pekerja,” kata kementerian itu dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen pada Rabu.

Dasar gaji progresif bertujuan untuk meningkatkan gaji pekerja dan agihan pendapatan yang lebih saksama.

Pada 2022, gaji penengah mencatatkan RM2,424 berbanding sasaran Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Kedua Belas iaitu sebanyak RM2,700 menjelang 2025. - Bernama

Artikel Berkaitan: