Malaysia tidak hirau ugutan - PM

Anwar - Foto Bernama
Anwar - Foto Bernama
A
A
A

CYBERJAYA - [DIKEMAS KINI] Malaysia tidak akan menghiraukan sebarang ugutan daripada mana-mana pihak agar sekatan diambil kepada negara ini.

Dedah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ugutan itu didakwa telah diusulkan oleh salah seorang ahli Parlimen Eropah terhadap Malaysia.

"Jangan hirau soal itu. Kita ada urusan kerja dan teruskan," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival Dekad Bahasa dan Dekad Membaca Kebangsaan di sini pada Rabu.

Menurutnya, Malaysia akan memberi penjelasan yang jelas mengenai pendirian sokongan terhadap Palestin.

"Kita terpaksa menyuarakan pandangan daripada Malaysia (mengenai kekejaman rejim Israel kepada Palestin)," katanya.

Anwar pada Ahad berkata, Malaysia tidak sesekali gentar bahkan akan terus konsisten memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang dianiaya rejim zionis Israel.

Ditanya mengenai soal keselamatan, Anwar berkata, perkara itu diserahkan sepenuhnya kepada Ketua Polis Negara.

"Mereka akan uruskan, kita tidak bimbang dan akan terus bekerja," katanya.

Artikel Berkaitan: