Gas ammonia kilang ais bocor

Kebocoran gas ammonia di sebuah kilang memproses ais dilaporkan berlaku di kawasan perindustrian Ara Damansara, Petaling Jaya pada Selasa.
Kebocoran gas ammonia di sebuah kilang memproses ais dilaporkan berlaku di kawasan perindustrian Ara Damansara, Petaling Jaya pada Selasa.
A
A
A

PETALING JAYA - Polis mengesahkan menerima laporan mengenai kebocoran gas ammonia di sebuah kilang memproses ais di kawasan perindustrian Ara Damansara, di sini, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihak polis menerima maklumat tentang kebocoran gas ammonia itu pada jam 10.30 malam.

"Susulan daripada kejadian berkenaan, pihak polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor mengambil keputusan menutup keseluruhan kawasan itu bagi mengelak sebarang kejadian lebih buruk berlaku," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Rabu.

Mohamad Fakhrudin berkata, orang ramai juga dinasihatkan supaya menjauhkan diri dari kawasan terbabit.

"Sehingga kini, orang awam dan pekerja di premis-premis industri dalam kawasan itu tidak dibenarkan memasuki kawasan berkenaan.

"Penduduk di kawasan berhampiran dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan atau rawatan di hospital berhampiran sekiranya mengalami sebarang simptom serta muntah akibat terbau gas tersebut," katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan udara mendapati bacaan ammonia menunjukkan 200 partical per sejuta (ppm) setakat ini.

Keluasan kawasan perindustrian yang terkesan akibat kebocoran gas amonia ini adalah seluas 400 meter persegi.

Artikel Berkaitan: