Penduduk gempar cahaya hijau terangi langit

Imej fenomena ruang udara disinari warna hijau di sebuah taman perumahan di Sungai Besar pada malam Selasa.
Imej fenomena ruang udara disinari warna hijau di sebuah taman perumahan di Sungai Besar pada malam Selasa.
A
A
A

SABAK BERNAM - Penduduk di Sungai Besar gempar menyaksikan fenomena sebahagian langit disinari warna hijau pada malam Selasa.

Imej itu dirakam seorang pelayar Facebook yang memuat naik gambar fenomena itu di sebuah taman perumahan di sini.

Pemilik akaun Facebook, Man Toya dalam hantarannya berkata, cahaya hijau yang dilihatnya itu mencetuskan tanda tanya.

"Sungai Besar kenapa terang sangat cahaya ini dan bergerak?" katanya menerusi hantaran di laman Facebook kira-kira jam 8.30 malam.

Penduduk yang menyaksikan fenomena itu turut meninggalkan komen pada keterangan gambar berkenaan.

Pemilik akaun Facebook, Cik Faa berkata, dia perasan penampakan cahaya hijau itu di hadapan rumah.

"Habis sahaja azan Isyak (cahaya hijau di ruang udara) terus hilang," komennya.

Seorang lagi pemilik akaun Facebook, Mohamad Amirul turut melaporkan melihat fenomena tersebut.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, kejadian itu dianggap aneh kerana berlaku di hadapan rumahnya yang menghadap jalan.

Satu lagi imej yang turut dikongsi pengguna media sosial lain pada komen di Facebook.
Satu lagi imej yang turut dikongsi pengguna media sosial lain pada komen di Facebook.

"Belakang rumah saya laut, tetapi saya nampak depan rumah, (mustahil nelayan) candat sotong dekat jalan, (rasa) pelik," jelasnya.

Bagaimanapun, beberapa komen mengaitkan cahaya itu dari arah bot nelayan yang melakukan aktiviti mencandat sotong di laut berhampiran.

Pemilik akaun Facebook, Nor Faridah memberitahu, cahaya itu datang dari bot nelayan di kawasan bagan berhampiran.

Bagaimanapun, cahaya hijau di langit itu dipercayai berlaku dalam tempoh singkat.