Polis Israel tutup Masjid Al-Aqsa kepada jemaah Islam

Polis Israel pada Selasa menutup Masjid Al-Aqsa dan menghalang jemaah Islam daripada memasukinya.
Polis Israel pada Selasa menutup Masjid Al-Aqsa dan menghalang jemaah Islam daripada memasukinya.
A
A
A

BAITULMAQDIS - Polis Israel pada Selasa menutup Masjid Al-Aqsa dan menghalang jemaah Islam daripada memasukinya, menurut Agensi Berita Palestin (WAFA).

Jabatan Wakaf Islam berkata, polis Israel menutup semua pintu masuk yang menuju ke pekarangan masjid.

Terdahulu, pada sebelah pagi, polis Israel bertindak memperketat kemasukan dan hanya membenarkan warga emas masuk ke masjid berkenaan.

Pada masa yang sama, polis membenarkan orang Yahudi memasuki pekarangan masjid untuk menjalankan ritual, tindakan yang jelas melanggar status quo masjid itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: