Niaga hadapan emas teruskan aliran menurun

Harga emas mencecah paras tertingginya sejak pertengahan Mei pada Jumaat minggu lepas. - Gambar hiasan
Harga emas mencecah paras tertingginya sejak pertengahan Mei pada Jumaat minggu lepas. - Gambar hiasan
A
A
A

KONTRAK niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini sejajar dengan penurunan niaga hadapan emas Comex Amerika Syarikat (AS) selepas kenaikan baru-baru ini.

Harga emas mencecah paras tertingginya sejak pertengahan Mei pada Jumaat minggu lepas apabila konflik antara Israel dan Hamas terus memberi sokongan kepada harga komoditi tersebut.

Tumpuan pasaran kini tertumpu kepada angka pertumbuhan ekonomi suku ketiga AS yang akan diumumkan pada minggu ini.

Pada penutup dagangan, kontrak bagi Oktober 2023 susut kepada AS$1,973.00 setiap troy auns daripada AS$1,984.90 pada Isnin, November 2023 turun kepada AS$1,983.00 setiap troy auns daripada AS$1,993.00 dan Disember 2023 jatuh kepada AS$1,993.50 setiap troy auns daripada AS$2,003.50.

Kontrak bagi Januari 2024, Februari 2024 dan April 2024 semuanya ditutup pada AS$2,001.80 setiap troy auns.

Bagaimanapun, jumlah dagangan meningkat kepada 321 lot daripada 280 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka naik kepada 501 kontrak daripada 415 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal berada pada US$1,973.00 setiap troy auns seperti yang diterbitkan oleh London Bullion Market Association pada 23 Oktober. - Bernama

Artikel Berkaitan: