Kualiti kehidupan The Vesta Residences di Setiawangsa

Satu lagi projek berprestij SkyWorld Development Berhad

A
A
A

No Image Caption

Bagi mereka yang mendambakan sebuah kehidupan urban dengan pemandangan yang menakjubkan, mungkin kediaman The Vesta Residences di Setiawangsa merupakan kediaman tepat dan dinanti-nantikan selama ini.

The Vesta Residences yang merupakan antara projek berprestij dari SkyWorld Development Berhad itu terletak di lokasi strategik di kawasan timur sub bandar Kuala Lumpur itu menawarkan pelbagai kelainan yang pastinya memberi keselesaan hidup kepada para pembeli.

Dibina di atas tanah keluasan 2.3 ekar (0.9 hektar), The Vesta Residences direka bentuk dengan konsep yang versatil, moden selain penuh dengan keterampilannya yang tersendiri.

Secara keseluruhan, The Vesta Residences menawarkan 1,001 unit kediaman dan secara realistiknya, ia pastinya menepati citarasa para pembeli sekali gus memberikan pengalaman baharu kepada mereka.

Bagi para pembeli, mereka boleh memilih tiga jenis unit kediaman di The Vesta Residences, Menara B yang mempunyai 466 units.

Tiga jenis kediaman yang ditawarkan di The Vesta Residences merangkumi;

Artikel Berkaitan:

- Jenis A: 715 kaki persegi (dua bilik tidur, dua bilik air)

- Jenis B: 1,000 kaki persegi (tiga bilik tidur, dua bilik air)

- Jenis C: 1,125 kaki persegi (tiga + satu bilik tidur, dua bilik air)

Selain ruang dalaman kediaman yang luas, kediaman di The Vesta Residences turut mempunyai ruang bilik tidur dengan rekaan pemandangan yang menarik. Selain itu, keseluruhan bahagian dalaman kediaman memiliki sistem peralihan udara yang lancar bermula bahagian foyer sehingga ke bahagian dapur.

Kemudahan yang eksklusif

No Image Caption



Sesuai dengan konsep kehidupan urban, The Vesta Residences turut menyediakan pelbagai kemudahan yang akan mengubah gaya hidup mereka.

Antara kemudahan yang disediakan ialah Skylounge yang mana para penghuni boleh menikmati panorama langit bandar dan pemandangan Bukit Dinding dari bahagian bumbung menara.

Selain itu, kediaman ini turut menawarkan kemudahan Sky Gymnasium, ruang tarian dan yoga, kemudahan tempat makan Sky Dining, taman berliku, taman buaian termasuklah taman permainan kanak-kanak yang disertakan dengan ruang permainan berpasir.

No Image Caption

No Image Caption



Pada masa sama, The Vesta Residences dilengkapi dengan ciri inovatif yang mematuhi Sistem Penilaian Kualiti dalam Pembinaan (QLASSIC) selain mendapat pengiktirafan pensijilan bangunan hijau (GreenRE) berdasarkan kecekapan alam sekitar dan tenaga.

Selain itu, The Vesta Residences turut menawarkan ruang podium tempat letak kereta untuk para penghuni, lokar hantaran barangan (parcel) selain mempunyai Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) untuk pengairan landskap serta tandas.

Akses serta kemudahan sekitar

The Vesta Residences di Setiawangsa turut menawarkan kemudahan yang pastinya memberi kelapangan minda kepada para pembeli. Ini kerana, kediaman ini dibangunkan berhampiran pusat membeli belah terkemuka, AEON Mall di AU2, Setiawangsa.

Selain itu, bakal penghuni yang ingin ke tempat kerja atau melaksanakan urusan masing-masing, mereka boleh menaiki pengangkutan awam di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Setiawangsa yang hanya terletak sekitar 1.5 kilometer (km) sahaja dari kediaman The Vesta Residences.

Selain itu, The Vesta Residences hanya terletak sekitar 5 km sahaja daripada bangunan ikonik negara, Kuala Lumpur City Centre (KLCC).

Bagi mereka yang gemar memandu, The Vesta Residences turut berdekatan dengan akses Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Jalan Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2) dan sebagainya.

Untuk bakal penghuni yang berkeluarga, The Vesta Residences terletak berdekatan dengan lapan buah sekolah sekali gus memudahkan mereka menguruskan persekolahan anak masing-masing.

Lapan sekolah yang berdekatan dengan The Vesta Residences itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Setiawangsa, SK Taman Keramat 2, Sekolah Antarabangsa Brighton, Sekolah Antarabangsa Fairview, Sekolah Antarabangsa Sayfol dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Keramat serta SMK Taman Setia Wangsa.

Riadah

Sementara itu, bagi mereka yang mementingkan kesihatan dan melakukan aktiviti luar, The Vesta Residences turut berada berhampiran dengan lokasi taman-taman awam seperti Taman Tasik Datuk Keramat dan Taman Tasik Ampang Hilir serta Zoo Negara.

Bagi bakal penghuni yang meminati sukan golf, mereka boleh meluangkan masa dengan mengasah kemahiran mereka di Kelab Golf Diraja Selangor dan Kelab Golf Darul Ehsan yang berada tidak jauh dari kediaman.

Melihat daripada kelebihan dan manfaat yang ada di The Vesta Residences, ternyatanya ia merupakan kediaman ideal bagi mereka yang inginkan kelainan dalam citarasa kehidupan masing-masing.

Untuk maklumat lanjut mengenai, The Vesta Residences boleh menghubungi talian 03-9212 0457 atau melayari laman web https://bit.ly/swvesta

No Image Caption