X

Kindly register in order to view this article
!

KPDNHEP semak harga diskaun barangan sekolah

Iskandar Halim memeriksa beg sekolah yang dijual di Sogo, Kuala Lumpur hari ini sempena program Kembali Ke Sekolah yang dijalankan sejak 18 Disember lalu secara berterusan sehingga 3 Januari 2020. - Foto: Sharifudin Abdul Rahim
A
A

KUALA LUMPUR - Kesahihan harga baharu selepas potongan diskaun adalah antara yang diberi perhatian penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ketika melakukan pemeriksaan di premis menjual barangan sekolah di seluruh Malaysia.

Pemeriksaan sempena program Kembali Ke Sekolah itu dijalankan sejak 18 Disember lalu secara berterusan sehingga 3 Januari 2020.

Pengarah Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP, Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, inisiatif tersebut bagi melindungi hak pengguna terutama ibu bapa agar tidak menjadi mangsa penipuan.

Menurutnya, ia juga bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga berikutan kesibukan ibu bapa membuat persiapan menjelang sesi persekolahan tidak lama lagi.

"Sepanjang tempoh lima hari pemeriksaan sehingga hari ini (semalam), sebanyak 881 barangan sekolah di 110 premis diperiksa dengan sebanyak 98 notis dikeluarkan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

“Notis dikeluarkan selepas penguat kuasa mendapati ada keraguan pada harga termasuk selepas potongan diskaun, selain bagi mengenal pasti ketulenan jenama barangan.

"Premis berkenaan perlu memberikan penjelasan terperinci dalam tempoh lima hari selepas tarikh notis dikeluarkan dan kita akan ambil tindakan jika ada kenaikan harga yang tidak munasabah," katanya kepada media selepas pemeriksaan barangan sekolah di pusat beli-belah Sogo di sini hari ini.

Iskandar Halim berkata, peningkatan harga barang sekolah tidak sepatutnya berlaku jika barangan tersebut adalah stok lama dari tahun lalu tetapi dijual semula pada tahun ini.

Menurutnya, setakat ini pihak KPDNHEP tidak menerima sebarang aduan orang ramai mengenai kenaikan harga barangan sekolah.

"Hasil pemeriksaan di seluruh negara mendapati harga barang sekolah masih terkawal," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!