Jurutera kapal hilang: China tunggu siasatan Malaysia

Ketua jurutera warga China dari kapal tangki MV Mariwit dilapor hilang ketika kapal sedang berlepas dari Pelabuhan Pulau Pinang
Ketua jurutera warga China dari kapal tangki MV Mariwit dilapor hilang ketika kapal sedang berlepas dari Pelabuhan Pulau Pinang
A
A
A

BEIJING - Kerajaan China masih menunggu hasil siasatan mengenai seorang rakyat negara ini yang hilang sejak 24 November lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Kementerian Luar Negeri China, Geng Shuang berkata, pihaknya mengikuti rapat kes berkenaan menerusi duta mereka di Malaysia.

"Kami maklum perkara ini dari semasa ke semasa. Sudah pasti kami mahukan ia segera dijumpai.

"Buat masa ini, kita tunggu sahaja," ujarnya ringkas dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, Jin Ying Lai, 49, merupakan ketua jurutera kapal tangki MV Mariwit dilapor hilang selepas kali terakhir ditemui di bilik enjin ketika kapal berada di kedudukan 3.7 batu nautika barat laut Butterworth, Pulau Pinang semasa sedang berlepas dari Pelabuhan Pulau Pinang.

Ying Lai seorang warga China disahkan hilang oleh rakan sekerjanya pada kira-kira jam 5.30 petang pada 24 November di kedudukan 40 batu nautika barat Pulau Ketam, Selangor di mana kapal tersebut ketika itu berada di luar perairan Malaysia dan sedang belayar menuju ke Kemaman, Terengganu.

Pengarah Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Pertama (M) Mohd Zawawi Abdullah berkata, pada 26 November lalu, pihaknya mula menggerakkan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Ying Lai disahkan hilang oleh rakan sekerjanya pada kira-kira jam 5.30 petang di kedudukan 40 batu nautika barat Pulau Ketam, Selangor di mana kapal tersebut ketika itu berada di luar perairan Malaysia dan sedang belayar menuju ke Kemaman, Terengganu," katanya.

Artikel Berkaitan: