Biden gesa Hamas bebaskan semua tawanan sebelum bincang gencatan senjata

Joe Biden menggesa pasukan pejuang Hamas Palestin untuk membebaskan kesemua tawanan sebelum memberi tumpuan pada proses gencatan senjata antara Israel dan Gaza. - Foto AP
Joe Biden menggesa pasukan pejuang Hamas Palestin untuk membebaskan kesemua tawanan sebelum memberi tumpuan pada proses gencatan senjata antara Israel dan Gaza. - Foto AP
A
A
A

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menggesa pasukan pejuang Hamas Palestin untuk membebaskan kesemua tawanan sebelum memberi tumpuan pada proses gencatan senjata antara Israel dan Gaza.

Ditanya oleh wartawan sama ada White House akan menyokong gencatan senjata dalam usaha membebaskan semua tawanan, Biden berkata: "Seharusnya ada gencatan senjata," sebelum beliau memperbetulkan kenyataan dengan memberitahu, "bukan gencatan senjata (sebaliknya), semua tawanan perlu dibebaskan dan kemudian kita bincang (mengenai gencatan senjata)."

Kenyataan itu jelas menggambarkan betapa pentadbiran AS sangat berhati-hati dalam bersuara secara terbuka - atau menyebut terma gencatan senjata - semenjak keganasan tercetus sekitar dua minggu lalu.

Pandangan Biden itu juga disifatkan sangat berhati-hati serta keputusan yang sememangnya terlintas oleh pentadbiran beliau sebagai merujuk kepada serangan mengejutkan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober lalu.

Kenyataan bertulis pertama Biden pada hujung minggu serangan Hamas ke atas Israel itu tidak memasukkan terma 'gencatan senjata' selain Presiden AS itu atau mana-mana pegawai tertinggi pentadbirannya tidak langsung membuat gesaan secara terbuka walau sekali sejak detik itu. - Agensi

Artikel Berkaitan: