Lima jam bersih pokok tumbang

Operasi pembersihan bermula jam 10 malam Ahad berakhir pada jam 3 pagi Isnin
Operasi pembersihan bermula jam 10 malam Ahad berakhir pada jam 3 pagi Isnin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerja-kerja membersih dan memotong pokok tumbang di 11 kawasan sekitar Selayang akibat hujan lebat selesai sepenuhnya dalam tempoh lima jam pada Isnin.

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dalam satu kenyataan memaklumkan operasi pembersihan bermula jam 10 malam Ahad berakhir jam 3 pagi Isnin dengan melibatkan kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan itu.

Menurut kenyataan itu, antaranya kawasan terlibat adalah kawasan Padang Bola Sepak Sungai Pusu; Dataran Sungai Chinchin; Jalan KSK Utama; Jalan 7/4 menghala ke Sekolah Hillcrest dan Masjid Al-Khairiyah.

Enam lagi kawasan adalah Jalan Utama Taman Bukit Desa; Desa Putra Apartment; Surau Sunway Batu Caves; Jalan SS 4 Taman Suria Selayang; Jalan Jasa Utama 9 dan Kampung Sungai Kertas.

"Kerja-kerja pemotongan pokok dan pembersihan yang menghalang laluan telah diambil tindakan oleh Anggota Unit Pantas Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan MPS berikutan hujan lebat yang melanda semalam.

"Jabatan Landskap MPS juga sedang melakukan kerja-kerja pemotongan pokok dan pembersihan di kawasan Jalan Utama Gombak Permai dan Jalan SG 1/8. Terima kasih atas bantuan semua pihak," menurut kenyataan itu di laman Facebook MPS pada Isnin.

Artikel Berkaitan: