Pemandu bas dimaki kerana brek mengejut

Tangkapan layar video yang memaparkan seorang wanita memaki pemandu bas kerana menuduhnya memberhentikan bas dengan sengaja.
Tangkapan layar video yang memaparkan seorang wanita memaki pemandu bas kerana menuduhnya memberhentikan bas dengan sengaja.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang pemandu bas yang bertindak memberhentikan kenderaan secara mengejut dimarahi seorang penumpang wanita selepas mendakwa anaknya nyaris tercedera ekoran tindakan berkenaan.

Video yang dikongsi Samad dan Said di laman Facebooknya tular di laman sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Dalam video itu memaparkan seorang penumpang wanita mengeluarkan kata-kata kesat kepada pemandu bas yang juga wanita.

Dalam video berdurasi lima minit itu, pemandu berkenaan dengan tenang menjelaskan bahawa dia terpaksa menekan brek kecemasan untuk mengelak daripada berlanggar dengan sebuah kereta dan meminta maaf.

Biarpun sudah memberi penjelasan, wanita berkenaan tetap memarahi pemandu bas itu sebelum ditenangkan beberapa penumpang lain.

Perkongsian Samad dan Said kini tular di media sosial yang meraih 735,000 tontonan dan rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan kesabaran pemandu bas.

Antara reaksi netizen yang meluahkan rasa kagum dengan kesabaran yang ada pada pemandu bas tersebut yang tetap tenang dan tidak membalas semula segala makian yang dilemparkan.
Antara reaksi netizen yang meluahkan rasa kagum dengan kesabaran yang ada pada pemandu bas tersebut yang tetap tenang dan tidak membalas semula segala makian yang dilemparkan.

"Semoga kakak pemandu bas ini sentiasa dilimpahkan rezeki dan dipanjangkan umurnya. Bersabar itu indah. Tahniah kakak pemandu kerana anda seorang yang tabah diuji," tulis Mohd Asiq Hamdi di Facebook

Artikel Berkaitan:

"Safirah Liyana Othman pula memberitahu,"Ya ALLAH makcik yang bawa bas, sungguh kuat kesabaran makcik. Apa-apa pun saya doakan semoga makcik bersabar dalam apa jua keadaan sekali pun."