MPAJ bolot enam anugerah MPIPANS, bawa pulang RM34,500

Aini (lima dari kanan) mengetuai MPAJ menerima hadiah johan kategori invasi sosial (penciptaan).
Aini (lima dari kanan) mengetuai MPAJ menerima hadiah johan kategori invasi sosial (penciptaan).
A
A
A

KUALA LUMPUR - Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) membawa pulang enam anugerah dalam Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (MPIPANS).

MPAJ dalam satu kenyataan memaklumkan jumlah keseluruhan hadiah dimenangi pihak berkuasa tempatan itu pada majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Center adalah sebanyak RM34,500.

"MPAJ dinobatkan johan kategori invasi sosial (penciptaan) dengan hadiah wang tunai RM15,000, anugerah dokumentasi terbaik (RM1,500) dan projek primer terbaik (RM2,000).

MPAJ membawa pulang enam anugerah dalam Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Selangor.
MPAJ membawa pulang enam anugerah dalam Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Selangor.

"Tiga lagi anugerah ialah anugerah khas projek hibrid terbaik (RM2,000), tempat ketiga dalam dua kategori iaitu inovasi sosial (penambahbaikan) dan inovasi penyampaian perkhidmatan (penciptaan) dengan wang tunai RM7,000 bagi setiap kategori," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya pada Ahad.

Sebelum itu, majlis sempena 4th Selangor R&D & Innovation Expo (SRIE) 2023 dan Selangor International Business Summit itu dirasmikan Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi, Dr Mohammad Fahmi Ngah.

Hadir sama, Yang Dipertua MPAJ, Dr Ani Ahmad dan Setiausahanya, Julaihah Jamaludin.