Aksi comel si bulus curi perhatian

Paparan Twitter Azlan Sulaiman tular di laman sosial.
Paparan Twitter Azlan Sulaiman tular di laman sosial.
A
A
A

SHAH ALAM - Jika sebelum ini, seni sebiji pisang dilekatkan pada dinding galeri seni Basel, Miami menjadi tular di laman sosial kini giliran seekor kucing pula mendapat perhatian netizen.

Bukan kerana kreativiti seni itu sebaliknya kecomelan kucing yang dilekatkan pada dinding sekali gus menjadi bualan hangat netizen.

Menerusi pelayar Twitter Azlan Sulaiman, dia memuat naik kucingnya dengan aksi seolah-olah mahu melekatkan kucing itu pada dinding sambil menggigit pita pelekat dengan alasan bosan berada di rumah.

"Tengah bosan ni, jadi kita hias sikit rumah," ciapannya pantas mencuri perhatian netizen.

Dalam hantaran yang sama, Azlan juga memuat naik foto kedua memaparkan seekor kucing dilekatkan pada dinding hingga menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen sama ada ia kucingnya atau tidak.

Bagaimanapun difahamkan, foto-foto itu adalah sekadar gurauan semata-mata dan pelayar memberitahu Mitey (kucingnya) berada dalam keadaan sihat.

Hasil penelitian netizen, foto kedua itu adalah hasil inspirasi dari Instagram hosico_cat yang cukup terkenal dek keletah dan kecomelan kucing jenis scottish yang bernama Hosico.

Instagram itu juga dilihat memiliki pengikut seramai 1.7 juta dari seluruh dunia.

Artikel Berkaitan:

Pada hantaran sama, terdapat juga netizen yang mempercayai foto kedua itu adalah kucing milik Azlan namun segelintir netizen mempertikaikan dengan memberitahu ia sekadar lukisan sumber inspirasi dari kucing Hosico.

@platinum berkata, "Ia tidak betul, foto kedua itu adalah lukisan sahaja."

Kata @thewinterbear, "Tak mustahil itu adalah lukisan kerana sebelum ini saya pernah lihat lukisan yang lebih realistik."

@fdhly_ berkata, "Pandai Azlan main gambar."

Bagaimanapun, perkongsian itu membuatkan netizen terhibur dek kecomelan kucing Azlan selain lukisan itu sekadar sindiran kepada karya seni artis Itali, Maurizio Cattelan bertajuk ‘Comedian’ kerana harga karya seni itu hampir AS$120,000 (RM500,000) dijual kepada seorang pengumpul Perancis.

ARTIKEL BERKAITAN: Selamba makan pisang harga hampir setengah juta