Shiha Zikir rakam semula lagu Krisdayanti

Shiha - FOTO: Azrul Rafie (Astro)
Shiha - FOTO: Azrul Rafie (Astro)
A
A
A

PENYANYI, Shiha Zikir, 32, menzahirkan rasa teruja apabila dapat merakamkan semula lagu penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti, Pilihlah Aku.

Shiha berkata, ia merupakan pencapaian positif dalam karier seni muziknya.

“Begitupun, saya berasakan ia merupakan satu tanggungjawab yang berat.

“Hal itu kerana, saya risau kalau ada orang yang tidak berpuas hati dengan cara nyanyian saya. Tapi saya kena terima dan bersiap sedia apabila dikritik ataupun dikomen.

“Sungguhpun begitu, saya menjadikan respon pendengar sebagai rujukan untuk perbaiki kekurangan,” kata Shiha ketika dihubungi Sinar Harian.

Dalam pada itu, Shiha berkata, Pilihlah Aku menjadi single pertamanya yang menyaksikan kerjasama antara Mic Project dari Indonesia dan Todak Music (Malaysia).

“Saya rasa ini juga merupakan satu pencapaian yang baik untuk Todak Music sendiri kerana dapat mengetengahkan nama mereka di negara jiran,” ujarnya.

Terdahulu, Shiha juga sempat menghubungi penyanyi asal menerusi aplikasi WhatsApp untuk meminta izin dan pandangan.

Artikel Berkaitan:

“Alhamdulillah Kris membalas dengan positif dan mendoakan semoga suara saya padan dengan lagu itu.

“Sejurus mendapat respon balas, saya sangat teruja dan bersemangat,” luahnya gembira.

Shiha juga menyifatkan, sokongan daripada penyanyi berkredibiliti hebat itu, seorang yang merendah diri kerana selalu menyokong perkembangan karier seninya.

Berkongsi lanjut, Shiha turut diberikan penasihat vokal popular dari negara itu, Joe Kriwil untuk memastikan gaya persembahannya tidak sama seperti penyanyi asal. Single terbaharu yang diberi sentuhan nafas baharu oleh Shiha kini sudah dilancarkan di Indonesdia dan boleh ditonton menerusi saluran You Tube Mic Project.