PTPTN sasar RM220 juta deposit Skim SSPN sempena BMS 2023

Pemenang Pertandingan Simpan SSPN Got Talent bergambar bersama Dr Mohamad.
Pemenang Pertandingan Simpan SSPN Got Talent bergambar bersama Dr Mohamad.
A
A
A

PERBADANAN Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyasarkan jumlah deposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) sebanyak RM220 juta sempena Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2023 yang dilancarkan pada Sabtu.

Pengerusinya, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata, pihaknya optimis sasaran itu dapat dicapai berdasarkan rekod pencapaian BMS sepanjang lima tahun penganjurannya sebelum ini.

Menurutnya, BMS 2023 membawa kelainan dari tahun sebelumnya apabila buat julung kalinya dilaksanakan menerusi konsep jelajah merentasi 14 negeri di lokasi terpilih seluruh Malaysia sepanjang bulan Oktober 2023.

"BMS 2023 bertemakan “Robotik: Ke arah Transformasi Dunia Pendigitalan” dengan mengekalkan tagline1 Jom Jadi Superhero Anak Anda. Konsep ini amat signifikan kerana sains dan teknologi robot berkait rapat dengan kemajuan dan memerlukan pengetahuan tentang teknologi

terkini.

"Ini selari dengan agenda pendigitalan PTPTN yang memberi fokus kepada usaha menggalakkan penggunaan aplikasi myPTPTN kepada para peminjam dan pendeposit Simpan SSPN untuk urusan yang lebih mudah, cepat dan selamat,"katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2023 Peringkat Zon Utara, di Mydin Mall di sini, pada Sabtu.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid.

Hadir sama, Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid dan Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Negeri Pulau Pinang, Muhammad Muhsin Abdul Rahman.

Artikel Berkaitan:

Dr Mohamad (tengah), Norliza (kiri), dan Ahmad Dasuki (kanan) semasa merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2023 Peringkat Zon Utara di Pulau Pinang.
Dr Mohamad (tengah), Norliza (kiri), dan Ahmad Dasuki (kanan) semasa merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2023 Peringkat Zon Utara di Pulau Pinang.

Pelancaran BMS 2023 diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Tabungan Sedunia yang disambut pada 31 Oktober setiap tahun.

Selain Pulau Pinang, BMS 2023 Zon Utara turut diadakan serentak di tiga lokasi lain iaitu di Aeon Mall Klebang, Ipoh, Perak, di Alor Setar Mall, Kedah dan di C-Mart Arau, Perlis.

Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2023 merupakan program 'signature' PTPTN dalam memartabatkan amalan penabungan dan mempromosikan Simpan SSPN sebagai produk simpanan pilihan utama masyarakat Malaysia.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk disertai oleh ibu bapa dan anak-anak antaranya Pertandingan Mewarna Simpan SSPN, Simpan SSPN Got Talent, Rekacipta Model Robotik dan Family Jenga.

Bagi memeriahkan lagi BMS 2023, Cabutan BMS 2023 diteruskan pada tahun ini dengan hadiah wang tunai berjumlah RM75,000 kepada seramai 66 pemenang.

Sementara itu, Norliza berkata, Jelajah Bulan Menabung Simpan SSPN 2023 Peringkat Zon Utara yang dilancarkan membuktikan komitmen PTPTN dalam menyebarluaskan manfaat dan keistimewaan Simpan SSPN kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang, khususnya di Zon Utara.

“Program BMS 2023 merupakan program signature PTPTN sejak tahun 2018 dan pelaksanaan program ini bagi tahun ke enam berturut-turut adalah bukti komitmen PTPTN dalam memartabatkan amalan penabungan dan mempromosikan Simpan SSPN sebagai produk simpanan pilihan utama masyarakat Malaysia.

"Simpan SSPN menawarkan pelbagai keistimewaan dan manfaat kepada masyarakat Malaysia seperti pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful ke atas pendeposit, dividen yang kompetitif, Geran

Sepadan sehingga RM10,000 bagi satu keluarga yang layak, patuh syariah dan simpanan dijamin Kerajaan.

"Pelbagai kempen dan promosi turut dipergiat bagi menyemarakkan lagi amalan penabungan antaranya dengan mengadakan Kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2023," tambahnya lagi.

Beliau berkata, PTPTN akan terus komited untuk meningkatkan kesedaran masyarakat agar terus menabung di dalam Simpan SSPN bagi mengelakkan kebergantungan kepada pinjaman.

PTPTN yakin usaha ini akan disokong oleh semua pihak bagi merealisasikan visi PTPTN sebagai ‘Peneraju Tabung Pendidikan Tinggi Negara’.