Sila log masuk terlebih dahulu.

'Umi sentiasa sebut tentang syahid, mahu anak imamkan jenazah'

21 Oktober 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA MOJO 21 OKTOBER 2023

Anak kepada Ketua Muslimat Pas Sungai Petani, Taibah Sulaiman yang terkorban semasa membantu mangsa kemalangan, Imaduddin Md Noor berkata, ibunya sentiasa bercerita tentang mati syahid, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.

Jelas anak keenam itu, ibunya sering mengimpikan mahu mati syahid selain meminta anak-anak turut melakukan pengorbanan termasuk membantu perjuangan rakyat Palestin di Gaza yang kini sedang bergolak.

Selain itu, wanita itu juga sering berpesan agar setiap anak sentiasa berbuat kebaikan dan meminta mereka mengimamkan solat jenazah jika dia meninggal dunia.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/630615/berita/semasa/umi-sentiasa-sebut-tentang-syahid-mahu-anak-imamkan-jenazah