KPN kecewa, tak dapat kerjasama negara lokasi Jho Low sembunyi

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador kecewa dengan pihak berkuasa negara yang dipercayai menjadi lokasi persembunyian Low Taek Jho atau Jho low.

Abdul Hamid berkata, usaha membawa pulang Jho Low masih berterusan dan pihaknya tidak pernah berputus asa namun beliau kecewa terhadap hubungan dua hala dengan polis negara berkenaan.

"Kita berharap ada keikhlasan dalam kerjasama dan semangat untuk membalas budi.

ARTIKEL BERKAITAN: Jho Low dilindungi di sebuah negara

"Namun keikhlasan itu tiada, ibarat kita bertepuk sebelah tangan, ia mengecewakan saya," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis serah tugas jawatan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi serta Jabatan Pencegahan Jenayah dan keselamatan Komuniti di sini tadi.

Abdul Hamid berkata, pihaknya telah menulis surat dan berjumpa dengan pihak berkuasa negara terbabit.

"Penjenayah tidak akan dapat bersembunyi dengan kemajuan teknologi.

"Setiap kali kita memberi maklumat, mereka kata Jho Low tiada negara tersebut. Saya ada maklumat seperti dokumen dan rekod perjalanan Jho Low," katanya.

Artikel Berkaitan:

Jho Low didakwa bedah wajah

Dalam kenyataan Abdul Hamid sebelum ini, memaklumkan pihaknya akan membawa balik Jho Low yang terlibat dengan penyelewengan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) hujung tahun ini.

Sebelum ini, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mendakwa sekurang-kurangnya AS$4.5 bilion (RM18.9 bilion) telah disalahgunakan daripada 1MDB.

Jho Low dituduh sebagai dalang transaksi wang haram yang disalurkan dari syarikat pelaburan negara itu.