'Masih lagi ada bawa lebih muatan' - JPJ

Lokman memeriksa lori yang ditahan semasa Op Patuh Khas di sekitar Selangor, baru-baru ini.
Lokman memeriksa lori yang ditahan semasa Op Patuh Khas di sekitar Selangor, baru-baru ini.
A
A
A

KLANG - Sebanyak 49,585 saman dikeluarkan ke atas kenderaan perdagangan dan barangan menerusi Op Patuh Khas sejak 1 Oktober lalu.

Pengarah Kanan Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Lokman Jamaan berkata, jumlah yang direkodkan setakat 19 Oktober itu hasil pemeriksaan sebanyak 192,662 kenderaan perdagangan dan barangan.

Menurutnya, kesalahan paling menonjol dikesan iaitu hampir 10 peratus kenderaan terbabit tidak memiliki insurans.

"Selain itu, JPJ telah bertindak menyita 446 kenderaan kenderaan perdagangan dan barangan yang mana 13 daripadanya diambil tindakan mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 kerana lebih muatan.

"Masih lagi terdapat pemilik kenderaan barangan dan perdagangan ini masih melakukan tugas yang melanggar peraturan jalan raya terutama lebih muatan," katanya ketika ditemui selepas operasi Op Patuh di Stesen Penguat kuasa JPJ, Klang-Banting di sini pada Jumaat.

Lokman ketika ditemui pemberita di Stesen Penguatkuasa JPJ, Klang-Banting pada Jumaat.
Lokman ketika ditemui pemberita di Stesen Penguatkuasa JPJ, Klang-Banting pada Jumaat.

Beliau berkata, JPJ akan terus menjalankan operasi dari semasa ke semasa bagi meningkatkan pematuhan, selain menyeru pihak yang memerlukan perkhidmatan kenderaan barangan supaya menggunakan perkhidmatan syarikat yang mematuhi peraturan jalan raya.

Jelas Lokman, sepanjang 19 hari penguatkuasaan dilakukan, pihaknya mendapati kadar pematuhan meningkat ketara.

Artikel Berkaitan:

"Hanya kenderaan bermasalah ini masih lagi berada di jalan raya dan mencabar undang-undang.

Lokman (tengah) memeriksa lori yang ditahan semasa Op Patuh Khas di sekitar Selangor, baru-baru ini.
Lokman (tengah) memeriksa lori yang ditahan semasa Op Patuh Khas di sekitar Selangor, baru-baru ini.

"Hampir 80 peratus patuh dan segelintir saja masih lagi masih gagal dan enggan mematuhi peraturan jalan raya," katanya.

Katanya, operasi itu akan diteruskan agar semua pengguna jalan raya terlindung daripada risiko tinggi akibat kegagalan pematuhan jalan raya.

"JPJ juga akan menawarkan apa-apa maklumat diperlukan pihak syarikat mengenai syarikat yang mempunyai rekod bersih dan baik untuk khidmat pengangkutan," ujarnya.

Sebuah lori yang diarah timbang selepas dipercayai membawa muatan berlebihan dikesan menerusi Op Patuh Khas di sekitar Selangor pada Jumaat.
Sebuah lori yang diarah timbang selepas dipercayai membawa muatan berlebihan dikesan menerusi Op Patuh Khas di sekitar Selangor pada Jumaat.