Kerajaan patut lebih tegas desak Israel dibawa ke mahkamah antarabangsa

Abdul Hadi berucap pada Muktamar Pas Tahunan ke-69 di IDCC pada Jumaat. - Foto Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID.
Abdul Hadi berucap pada Muktamar Pas Tahunan ke-69 di IDCC pada Jumaat. - Foto Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan sepatutnya lebih tegas dalam mendesak supaya Israel dibawa ke mahkamah antarabangsa dibawah jenayah yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menyuarakan isu berhubung kekejaman tentera zionis Israel itu disifatkan sebagai lemah dan tidak cukup lantang.

“Ya (tindakan Anwar itu) tidak cukup kuat. Tidak berani cakap untuk menyokong Hamas, Jihad Islami dan Hezbollah, sedangkan tiga kumpulan ini tidak boleh nak disamakan dengan Daesh, sebab kumpulan-kumpulan itu melawan Israel melawan mengikut hukum Islam.

“Hamas bertindak ‘taufan al-Aqsar’ itu sasaran tentera sahaja. Al-Quran kata tidak boleh bunuh orang tua, kanak-kanak, wanita, paderi gereja dan tidak boleh musnahkan rumah-rumah ibadah sebab ini ajaran Islam.

“Israel hentam semua, Amerika, negara-negara Eropah bantu. Boleh buat segala-galanya termasuk melanggar undang-undang antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dalam sidang media Muktamar Tahunan Pas Kali ke-69 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam pada Jumaat.

Sejak 8 Oktober, Israel melakukan serangan udara di Genting Gaza sebagai tindak balas pelancaran 5,000 roket oleh Hamas ke negara haram tersebut.

Pertempuran senjata api masih berlaku kedua-dua pihak di beberapa lokasi termasuk balai polis di Sderot di sempadan Gaza.

Artikel Berkaitan: