Pengarah syarikat ditahan beri rasuah percepat tuntutan subsidi RM600 juta

Pengarah syarikat berusia 40-an itu dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi permohonan reman.
Pengarah syarikat berusia 40-an itu dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi permohonan reman.
A
A
A

PUTRAJAYA - Seorang pengarah syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipercayai memberi suapan RM17,000 kepada pegawai di sebuah kementerian.

Suapan itu didakwa bagi mempercepatkan bayaran tuntutan subsidi ayam dan telur berjumlah kira-kira RM600 juta sejak Mei lalu.

Menurut sumber, pengarah syarikat itu yang juga merupakan presiden persatuan berkaitan penternakan di Subang Jaya telah ditahan 6.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Bagi tempoh lima bulan sejak Mei lalu, bayaran subsidi yang telah dilunaskan berjumlah RM600 juta melibatkan lebih 300 syarikat penternakan ladang ayam pedaging dan ayam penelur seluruh negara.

Susulan penahanan tersebut, Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin mengeluarkan perintah tahanan reman selama tiga hari bermula Jumaat.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim yang mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan: