BR VAMOS rangkul kejuaraan SPFL 2023

Barisan pemain dan pengurusan BR VAMOS dinobatkan selaku juara SPFL 2023.
Barisan pemain dan pengurusan BR VAMOS dinobatkan selaku juara SPFL 2023.
A
A
A

KEJUARAAN SP Futsal League 2023 (SPFL) sah menjadi milik BR VAMOS setelah menamatkan kejohanan dengan sembilan kemenangan dan dua kekalahan untuk mengutip 27 mata menewaskan 11 lagi pasukan lain.

Kemenangan itu menyaksikan skuad yang rata-rata dibarisi pemain berusia 21 hingga 27 tahun dan berpangkalan di Port Dickson itu meraih trofi kejuaraan, medal dan wang tunai RM2,200.

Pengurus pasukan BR VAMOS, Dasheelan Jai Raman berkata, kejayaan yang diraih itu adalah hasil usaha keras semua pemain serta pengurusan sejak dari peringkat awal sehingga tamat kejohanan.

“Tahniah buat semua pemain dan pengurusan yang tidak pernah mengenal erti penat lelah dan kekecewaan, walaupun kita tewas pemain tetap bersemangat bangkit pada perlawanan seterusnya.

“Hasilnya kejuaraan SP Futsal League 2023 menjadi milik pasukan dan kejayaan ini tidak terhenti di sini, tetapi perlu diteruskan pada kejohanan-kejohanan akan datang,” ujarnya ditemui selepas majlis penyampaian hadiah kejuaraan pada Rabu.

Tambahnya lagi, skuad yang dibimbing Kugan itu juga telah bergelar juara bagi kejohanan Liga SERA 2022/23 dan kemenangan SPFL melengkapkan musim gemilang buat pasukan.

“Kami akan terus mencipta nama selaku juara dan pada masa sama pentas buat pemain-pemain mempamerkan bakat serta mencipta nama selaku pemain futsal yang berjaya pada masa akan datang.

“Terima kasih juga kepada penyokong yang sentiasa hadir memberikan sokongan buat barisan pemain yang kami anggap anda juga adalah penyumbang kepada kemenangan BR VAMOS,” katanya.

Artikel Berkaitan: