Jangan ambil ringan isu kedaulatan negara - Pemuda Pas

Ahmad Fadhli berucap pada Majlis Perasmian Muktamar Dewan Pemuda Pas Malaysia di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) pada Rabu. Foto Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID.
Ahmad Fadhli berucap pada Majlis Perasmian Muktamar Dewan Pemuda Pas Malaysia di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) pada Rabu. Foto Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID.
A
A
A

SHAH ALAM - Pemuda Pas menggesa kerajaan mengambil berat isu kedaulatan negara khususnya melibatkan persempadanan maritim negara.

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari menegaskan agar kerajaan tidak mengambil ringan terhadap segala rungutan dan pertikaian berbangkit.

"Dokumen-dokumen berkaitan triti berkenaan hendaklah dinyahklasifikasikan segera agar rakyat dapat mengetahui setiap butiran dan terma yang telah dipersetujui.

"Sewajarnya kerajaan menyediakan sesi penerangan yang menyeluruh terhadap polemik Blok Ambalat ketika ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Muktamar Dewan Pemuda Pas di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam di sini pada Rabu.

Jelas Ahmad Fadhli, rakyat di negara ini berhadapan situasi 'assymmetrical information' atau ketidaksepadanan maklumat di antara Malaysia dan Indonesia dalam isu Ambalat.

"Begitu menghairankan apabila media Indonesia meraikan kejayaan rundingan 18 tahun Blok Ambalat sedangkan media dan rakyat di negara ini masih terpinga-pinga apa sebenarnya kandungan triti yang dikemukakan.

"Kita juga berpendirian isu persempadanan maritim negara harus kembali ke medan waca dan diskusi bersama kumpulan pakar dan ahli akademik.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, Malaysia harus belajar daripada kehilangan Batu Puteh ke tangan Singapura pada tahun 2008,apatah lagi secara tiba-tiba Kerajaan Persekutuan menghentikan rayuan ke ICJ yang sepatutnya dibuat pada tahun 2018.