OKU rentung kereta terbakar

Seorang lelaki OKU ditemukan rentung dalam kenderaan yang hangus di Amanjaya petang tadi.
Seorang lelaki OKU ditemukan rentung dalam kenderaan yang hangus di Amanjaya petang tadi.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) rentung selepas kenderaan dinaiki terbakar dalam kejadian di Amanjaya, kira-kira jam 3 petang tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Thiru Navukarasu, 39, dari Taman Bandar Baru, Sungai Lalang dilaporkan memandu kenderaan jenis Perodua Alza sebelum kenderaannya terbakar ketika melalui laluan Zon Seroja, Bandar Amanjaya menghala ke Sekolah Vokasional Sungai Petani.

Seorang ahli keluarga mangsa yang ditemui di lokasi kejadian berkata, mangsa yang lumpuh kedua belah kaki seorang yang rajin bekerja dan menggunakan kerusi roda untuk bergerak serta mahir memandu kenderaan yang telah diubah suai.

Menurutnya, kemungkinan mangsa sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Bandar Baru, Sungai Lalang.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Amanjaya, Pegawai Bomba Kanan 1 Mohamad Zaidi Md Lazim berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.12 petang berhubung kejadian itu.

Keadaan kereta yang terbakar hingga menyebabkan pemandunya rentung.
Keadaan kereta yang terbakar hingga menyebabkan pemandunya rentung.

Menurutnya, sepasukan bomba membabitkan tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian dan tiba kira-kira jam 3.24 petang.

"Kita dapati sebuah kenderaan Perodua Alza hampir keseluruhan terbakar dengan seorang mangsa rentung.

Artikel Berkaitan:

"Mangsa disyaki OKU kurang upaya fizikal berdasarkan maklumat awal diterima," katanya.

Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian selepas siasatan mengenainya selesai.