Kongsi pendapat jangan sampai tabur fitnah!

Islam itu adalah agama yang mudah. Ia tidak akan menyulitkan umatnya dalam membuat kebaikan termasuklah dalam urusan perkahwinan. Gambar hiasan
Islam itu adalah agama yang mudah. Ia tidak akan menyulitkan umatnya dalam membuat kebaikan termasuklah dalam urusan perkahwinan. Gambar hiasan
A
A
A

BARU-BARU ini, timbul dakwaan bahawa pernikahan salah seorang selebriti tempatan bersama pasangannya tidak sah di sisi Islam.

Bermula daripada situ, ramai memberi reaksi kurang enak dan lebih menakutkan ada pula menyifatkan perbuatan mereka sangat bertentangan dan terkeluar dari landasan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Merak Jalanan yang mengikuti senario itu terkejut dengan netizen kita yang berlebih-lebihan tanpa bersandarkan hukum agama.

Merak Jalanan sebelum ini pernah berhadapan dengan situasi majlis pernikahan yang dilihat cukup mudah tetapi sebenarnya ia memenuhi syarat dalam rukun perkahwinan.

Pada mulanya, memang timbul persoalan apabila tok kadi itu tidak pun mensyaratkan si pengantin lelaki untuk sekali lafaz sewaktu proses akad nikah. Cukup dengan ‘saya terima, setuju’.

Merak Jalanan yang agak ‘kepoci’ ini, terus berjumpa tok kadi itu dan bertanya; “Mengapa tok tidak pegang tangan pengantin lelaki dan suruh dia lafaz macam yang selalu kita tengok di TV?

”Dijawabnya; “Jangan terlalu obses dengan drama TV tu. Kita hendak permudahkan urusan pengantin yang memang dah gabra. Tengok juga usia dia, kalau saya suruh dia sekali lafaz, sampai ke Maghrib tidak selesai.

”Lama juga Merak Jalanan terdiam selepas dengar penjelasan ringkas tok kadi itu. Betul juga, orang yang berusia ni tak semuanya nafas dia panjang. Kalau diwajibkan juga sekali lafaz, mahunya pitam pakcik tu.

Artikel Berkaitan:

Jadinya, janganlah kita mudah sangat membuat kesimpulan terhadap sesuatu tindakan yang dilaksanakan.

Selidik dahulu kesahihan di sisi Islam. Jangan memalukan orang lain dengan semberono sekali gus sangat mudah untuk mendapat dosa!

Islam itu adalah agama yang mudah. Ia tidak akan menyulitkan umatnya dalam membuat kebaikan termasuklah dalam urusan perkahwinan.