Johor lanjut tempoh perkhidmatan Ketua Masyarakat Cina, India

Tan Chen Choon
Tan Chen Choon
A
A
A

JOHOR BAHRU - Tempoh perkhidmatan seramai 121 Ketua Masyarakat Cina dan sembilan Ketua Masyarakat India bagi kampung-kampung baru di negeri ini dilanjutkan hingga akhir Mac tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor, Tan Chen Choon berkata, tempoh perkhidmatan Ketua Masyarakat Cina dan India di negeri ini sepatutnya berakhir 31 Disember ini.

"Kerajaan negeri telah mengambil keputusan bahawa tempoh perkhidmatan bagi semua ketua masyarakat sedia ada di kampung-kampung baru di negeri ini akan dilanjutkan sehingga 31 Mac 2020.

"Justeru pelantikan ketua masyarakat baharu sesi 2020/2021 bagi kampung-kampung baru di negeri ini bermula pada 1 April 2020," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun katanya, ketua masyarakat yang tidak berhasrat untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan mereka boleh menulis surat kepada Pegawai Kemajuan Perkampungan (PKP) Daerah masing-masing bagi peletakan jawatan mereka.

Artikel Berkaitan: