Blackberry hasrat mahu kolaborasi dengan Malaysia - PM

Anwar (kiri) ketika menerima kunjungan hormat Wayne Robson bersama Presiden dan John Gianmatteo, pada petang Isnin. - Foto FB Anwar Ibrahim
Anwar (kiri) ketika menerima kunjungan hormat Wayne Robson bersama Presiden dan John Gianmatteo, pada petang Isnin. - Foto FB Anwar Ibrahim
A
A
A

KUALA LUMPUR - BlackBerry, syarikat utama Kanada yang menawarkan perisian dan perkhidmatan penyelesaian keselamatan siber, menyatakan hasrat untuk menopang pertumbuhan ekonomi negara menerusi kolaborasi bersama Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dimaklumkan kepadanya ketika menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Malaysia Wayne Robson bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif BlackBerry Cybersecurity, John Gianmatteo, petang Isnin.

Turut hadir Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dan Ketua Eksekutif Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Dr Megat Zuhairy Megat Tajuddin.

Anwar yang juga Menteri Kewangan dalam satu hantaran di Facebook berkata, Gianmatteo turut memaklumkan bahawa syarikat itu bercadang untuk membuka Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber BlackBerry yang pertama di rantau Asia Pasifik.

"Saya nyatakan pendirian Malaysia untuk terus membuka peluang dan memudah cara pelaburan berkualiti yang ingin dibawa pihak luar.

Moga komitmen dan usaha bersepadu yang sedang dilaksana Kerajaan Perpaduan dalam menstruktur ekonomi dapat menarik minat lebih ramai pelabur asing,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: