DBP tarik diri sertai Pesta Buku Frankfurt

Dewan Bahasa dan Pustaka
Dewan Bahasa dan Pustaka
A
A
A

SHAH ALAM - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menarik diri daripada menyertai Pesta Buku Frankfurt 2023.

Menurut DBP, perkara itu selaras dengan pegangan kerajaan Malaysia berkenaan konflik yang berlaku di Palestin.

“Perkara ini dibuat susulan pendirian kerajaan dalam konflik Palestin-Israel pada ketika ini dan memutuskan untuk menarik diri daripada menyertai Pesta Buku Frankfurt 2023,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Isnin.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan, Kementerian Pendidikan (KPM) menarik diri daripada menyertai Pesta Buku Frankfurt (Frankfurter Buchmesse) 2023 yang dijadualkan berlangsung di Frankfurt, Jerman.

KPM menerusi kenyataan pada Isnin berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira sikap pro-Israel serta sokongan terbuka daripada penganjur kepada Israel.

Artikel Berkaitan: