Gardenia jenamakan semula Gourmet Selections

Ena Suhaila menunjukkan dua jenis roti istimewa berasaskan cita rasa Eropah iaitu Bonjour Sesawhite Gardenia Gourmet Selections (kanan) dan Sommerset Cottage Gardenia Gourmet Selections
Ena Suhaila menunjukkan dua jenis roti istimewa berasaskan cita rasa Eropah iaitu Bonjour Sesawhite Gardenia Gourmet Selections (kanan) dan Sommerset Cottage Gardenia Gourmet Selections
A
A
A

PENGELUAR roti terkemuka di Asia Tenggara, Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. (Gardenia) mengumumkan penjenamaan semula, Gourmet Selections, merangkumi dua jenis roti istimewa berasaskan cita rasa Eropah iaitu Bonjour Sesawhite Gardenia Gourmet Selections dan Sommerset Cottage Gardenia Gourmet Selections.

Pengurus Pemasarannya, Ena Suhaila Abas berkata, rangkaian produk itu menampilkan slogan baharu, Nikmati Kemewahan Setiap Hari, menterjemahkan dedikasi jenama Gardenia untuk menjadikan pengalaman harian kepada sesuatu yang luar biasa dan istimewa.

Ena Suhaila berkata, Gardenia yang sememangnya terkenal dengan komitmennya dalam inovasi, kini memperkenalkan roti-roti bijirin dengan menggabungkan rasa dan nutrisi, mengangkat roti artisan ke tahap seterusnya.

“Bonjour Sesawhite, para penggemar roti dapat menikmati kemewahan bijirin bunga matahari yang memberikan kerangupan dan rasa kekacang dalam rotinya.

“Sommerset Cottage pula menampilkan adunan istimewa 12 bijirin premium antaranya termasuklah biji chia, biji rami, kuinoa dan barli bagi menghasilkan tekstur dan rasa berbeza yang semestinya menepati cita rasa dan memuaskan selera,” katanya dalam satu kenyataan.

Ena berkata, Gourmet Selections dicipta untuk memenuhi selera para penggemar roti yang sentiasa menginginkan hidangan mewah setiap hari.

“Kombinasi hidangan berasaskan cita rasa Eropah dengan keistimewaan bahan-bahannya, keunikan campuran pelbagai bijirin menjadikan roti ini pilihan terbaik untuk para pengguna yang mahukan penambahbaikan dalam hidangan roti mereka.

“Roti Gardenia Gourmet Selections adalah sangat versatil. Sama ada anda menginginkan hidangan savuri seperti Sandwic Tomato Panggang & Keju, mahupun sandwic manis dengan kombinasi beri biru dan krim keju, Gardenia Gourmet Selections sangat sesuai sebagai asas kreativiti kulinari yang sangat menyelerakan.

Artikel Berkaitan:

“Kami mencipta resipi enak bagi memenuhi cita rasa sandwic gourmet yang berbeza iaitu savuri dan manis yang menjadi sebahagian daripada kemewahan kehidupan harian anda,” kata Ena Suhaila yang juga bertanggungjawab mengurus selia penjenamaan produk berkenaan.

Gardenia memperkenalkan semula produk-produk ikonik tersebut kepada pasaran setelah melalui proses penjenamaan semula yang sangat teliti sejajar nilai-nilai utama jenama itu.

Terdahulu, Gardenia memperkenalkan produk-produk berkenaan ke pasaran tetapi terpaksa menghentikan pengeluaran buat sementara untuk pembinaan semula kilang yang terjejas akibat bencana banjir pada 2021.

Gardenia mengambil kesempatan itu untuk melaksanakan penjenamaan semula dan mengumpulkan produk-produk berkenaan di bawah jenama Gourmet Selections.

Usaha penjenamaan semula ini adalah untuk memperhalusi setiap produk sekali gus mempertingkatkan pengalaman keseluruhan pelanggan.

Gardenia Gourmet Selections yang berada di pasaran sejak September 2023 itu boleh diperoleh di rangkaian pasar raya runcit terpilih termasuk 7-Eleven, Giant, AEON, AEON Big, Jaya Grocer, Village Grocer, Mydin, Tunas Manja, TF Value dan Lotus’s.

Bagi pelanggan-pelanggan yang lebih selesa membeli-belah dari rumah, Gardenia Gourmet Selections juga boleh dibeli secara atas talian melalui PandaMart.