Israel buat 'silap besar' jika duduki semula Gaza - Presiden AS

Joe Biden
Joe Biden
A
A
A

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menegaskan, adalah satu kesilapan besar jika Israel menduduki semula Gaza, lapor portal berita CNN.

Namun begitu, kata Biden, Israel harus bertindak balas dan menggempur Hamas selepas serangan keganasan minggu lepas - yang beliau bandingkan dengan Holocaust - dalam satu temu bual yang disiarkan pada hari Ahad.

Dalam wawancara bersama program 60 Minutes itu, ketika ditanya sama ada beliau bersetuju dengan pengepungan sepenuhnya di Gaza, Biden berkata, beliau yakin Israel akan bertindak mengikut peraturan perang dan akan ada keupayaan bagi penduduk Gaza yang tidak bersalah untuk mendapat akses kepada ubat, makanan dan air." Temu bual itu direkodkan oleh CBS News pada Jumaat lalu dan disiarkan di 60 Minutes pada hari Ahad.

Pada satu soalan lain, apabila ditanya sama ada beliau akan menyokong pendudukan Israel di Gaza pada masa ini, Biden berterus-terang tanpa berselindung.

"Saya fikir itu akan menjadi kesilapan besar," katanya.

"Lihat, apa yang berlaku di Gaza, pada pandangan saya adalah Hamas dan elemen ekstremis Hamas tidak mewakili semua rakyat Palestin.

“Dan saya fikir... ia akan menjadi kesilapan untuk... Israel untuk menduduki... Gaza lagi. Kami... tetapi memasuki dan menghapuskan ekstremis, Hezbollah di utara dan Hamas di selatan. Adalah keperluan yang diperlukan," tegas Biden memberikan peringatan.

Ini merupakan amaran terbuka dan tegas oleh Presiden AS menentang pendudukan Israel di Gaza.

Biden juga memberitahu, beliau ingin melihat bantuan dikirim ke Gaza dan laluan kemanusiaan dibuka bagi memberi peluang kepada penduduk awam meninggalkan kawasan tersebut, tetapi berkata ia adalah sukar.

Artikel Berkaitan:


Sehubungan itu, beliau berkata, pentadbirannya sedang berusaha dengan pegawai Israel dan Mesir.

Ketika beliau percaya Hamas harus dimusnahkan sepenuhnya, Biden menambah 'perlunya ada Pihak Berkuasa Palestin. Perlu ada - jalan menuju negara Palestin.'

Pada soalan sama ada sekarang masa untuk genjatan senjata dilakukan, Presiden AS itu hanya menyuarakan pandangan dan sokongan untuk tindakan lanjut diambil terhadap Hamas.

"Lihat, ada perbezaan asas di sini," kata Biden.

"Israel sedang menentang sekumpulan orang yang terlibat dalam keganasan yang seperti Holocaust. Lalu - saya fikir Israel harus bertindak balas. Mereka harus menggempur Hamas." - Agensi/Awani