Aksi Afrika Selatan, Perancis ibarat permainan catur

Nienaber mencongak strategi terbaik para pemain Afrika Selatan menjelang perlawanan berdepan Perancis, awal pagi Isnin. FOTO: AFP
Nienaber mencongak strategi terbaik para pemain Afrika Selatan menjelang perlawanan berdepan Perancis, awal pagi Isnin. FOTO: AFP
A
A
A

PENYANDANG juara Afrika Selatan menjangkakan aksi sengit apabila berdepan tuan rumah Perancis pada suku akhir Piala Dunia Ragbi Perancis 2023 di Stade de France, Saint-Denis awal pagi Isnin.

Pengendali Springboks, Jacques Nienaber berkata, kejayaan yang dibina pasukan itu sepanjang temasya tersebut adalah berdasarkan kekuatan dan kemahiran.

Namun berdepan Perancis, Nienaber mula mempertaruhkan keberkesanan taktikal dalam menyekat asakan Les Bleus yang berada pada prestasi terbaik temasya kali ini.

“Ia ibarat permainan catur. Kami memikirkan apa yang boleh kami cadangkan kepada diri sendiri. Kami memasuki dunia strategi, taktik, dan sedang menikmati cabaran itu.

“Perancis yang beraksi di depan penyokong sendiri pastinya akan lebih agresif apabila berada dalam saingan suku akhir.

“Percaturan strategi akan memainkan peranan yang lebih penting di Stade de France, di mana fizikal dan kuasa semata-mata tidak akan cukup untuk diharungi perlawanan pada awal pagi Isnin ini,” katanya.

Pada masa sama Nienaber mengakui satu perkara yang mungkin sedikit berbeza Perancis kali ini adalah gaya permainan pasukan tersebut.

“Mereka tidak berapa bermain dengan bola, sebaliknya mereka memberikan bola kepada anda dan kemudian mengasak pertahanan yang kemudian memaksa berlakunya kesilapan.

"Jadi, anda perlu bijak untuk mencari strategi lain sekitar itu," kata Nienaber.

PIALA DUNIA RAGBI PERANCIS 2023

Suku Akhir

AHAD (15 OKTOBER)

Artikel Berkaitan:

England lwn Fiji, 11 malam

ISNIN (16 OKTOBER)

Perancis lwn Afrika Selatan, 3 pagi