'Terima kasih atas kepercayaan, pertemuan dengan BAM dalam masa terdekat' - Tengku Zafrul

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.
A
A
A

TENGKU Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan mengadakan pertemuan dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berhubung pemilihannya mengisi jawatan presiden persatuan itu dan hala tuju sukan berkenaan.Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) itu pada masa sama merakamkan ucapan penghargaan atas kepercayaan BAM terhadapnya.

“Saya baru sahaja terima mesej daripada Presiden BAM (Tan Sri Mohamad Norza Zakaria) yang ucap tahniah kepada saya... dan perkara ini memang baru sahaja dimaklumkan.“Saya ingin berterima kasih kepada atas keyakinan dan kepercayaan yang diberi oleh majlis BAM atas pelantikan saya dan Insya-ALLAH saya akan berjumpa dengan BAM dalam masa terdekat untuk perancangan masa depan,” katanya.

Beliau ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan ke-15 Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan di sini pada Sabtu.Keputusan pemilihan Tengku Zafrul bagi menggantikan Mohamad Norza diumumkan selepas mesyuarat Majlis BAM yang berlangsung hari ini.

BAM akan memperincikan perkara itu secara dalaman sewaktu sidang mesyuarat berikutnya yang dijadual pada Disember.Sebelum ini, Mohamad Norza membuat keputusan mengejut apabila mengumumkan akan melepaskan jawatan Presiden BAM pada hujung tahun ini.

Dalam mesyuarat yang sama juga, BAM telah mengumumkan pelantikan bekas pemain Indonesia, Jeffer Rosobin sebagai ketua skuad remaja menggantikan Datuk Misbun Sidek. - Awani

Artikel Berkaitan: