966 pengunjung terkandas di Bukit Bendera selamat dibawa turun

No Image Caption
A
A
A

GEORGETOWN - Kesemua 966 pengunjung yang terkandas di Bukit Bendera dekat sini selepas perkhidmatan kereta api funikular di pusat pelancongan itu tergendala sejak jam 8 malam tadi berjaya dibawa turun ke stesen bawah dengan selamat awal pagi ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, mangsa dibawa turun menaiki pacuan empat roda ke Taman Botani sebelum dibawa menggunakan bas ke stesen bawah Bukit Bendera untuk mereka mengambil kenderaan dan pulang ke destinasi masing-masing.

"Secara keseluruhannya seramai 966 pengunjung terjejas membabitkan 793 orang di stesen atas yang tidak boleh turun selepas kereta api funikular itu terkandas di stesen tengah yang mana ketika itu seramai 173 lagi berada di stesen tengah tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, operasi membawa turun pengunjung yang terjejas itu bermula jam 8.30 malam dan tamat sepenuhnya kira-kira jam 1.03 pagi serta kesemua mereka berada dalam keadaan selamat.

ARTIKEL BERKAITAN: 150 pengunjung Bukit Bendera terkandas

Semalam Perbadanan Bukit Bendera (PHC) dalam satu kenyataan berkata, kereta api funikular tersebut tergendala akibat masalah kerosakan sistem. - Bernama

Artikel Berkaitan: